14 Julai 2017 Analisis Harian
Yellen menghantui dolar, inflasi pembekal momentumnya.
Dolar A.S. didagang stabil pada hari Jumaat berbanding dengan mata wang utama yang lain manakala testimoni dari Pengerusi Bank Pusat Janet Yellen yang lebih pesimis masih mengehadkan kenaikannya. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.05% ke 95.55 semasa penulisan. “Ekonomi Amerika Syarikat adalah kukuh untuk mendorong bank pusat meningkatkan kadar faedah dan mengurangkan portfolio bon. Namun, kadar inflasi yang rendah boleh menjejaskan prospek dasar kewangan kelak,” kata Yellen di hadapan Kongres Negara. Menurut kepada para ekonomis, ucapannya adalah lebih dovish namun ia adalah disebabkan oleh usahanya untuk memberi pelbagai pertimbangan dengan sekali gus. “Data kami menunjukan bahawa kadar inflasi A.S. berada di dalam aliran meningkat dan bank pusat masih di dalam jangkaan untuk meneruskan kenaikan kadar,” kata Bart Wakabayashi, pengurus cawangan State Street Bank and Trust di Tokyo. Di rantau yang lain, dolar Australia meneruskan kenaikannya selepas harga komoditi memulih dan ditambah pula dengan kelemahan dolar A.S. Pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.12% ke paras berhampiran empat bulan tinggi di $0.7740.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak susut sebanyak 0.13% ke $46.02 setong manakala para pelabur akan memantau laporan Baker Hughes bagi mendapatkan isyarat aktiviti penggerudian di A.S. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.06% ke $1,215.55 selepas dolar A.S. memulih pada awal sesi dagangan Asia.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Jun) | 0.1% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Jun) | -0.3% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Jun) | -0.3% | 0.1% | – |
| 21:15 | USD – Industrial Production (MoM) (Jun) | 0.0% | 0.3% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Jul) | 95.1 | 95.0 | – |
| 01:00 | Crude Oil – US Baker Hughes Oil Rig Count | 763 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah memecah keluar dari paras atas saluran menurun dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik yang ketara mencadangkan GBPUSD untuk melanjutkan kenaikannya ke sasaran tahap rintangan di 1.2970.
Tahap rintangan: 1.2970, 1.3030
Tahap sokongan: 1.2925, 1.2860
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah memecah keluar dari paras bawah saluran menaik dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Penunjuk MACD yang memaparkan isyarat menaik yang makin menyusut mencadangkan EURUSD untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.1385.
Tahap rintangan: 1.1440, 1.1480
Tahap sokongan: 1.1385, 1.1330
AUDUSD

AUDUSD, H4: AUDUSD telah memecahkan paras atas saluran menaik dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Penutupan niaga di atas tahap rintangan 0.7750 akan mencadangkan AUDUSD untuk melanjutkan kenaikannya.
Tahap rintangan: 0.7750, 0.7800
Tahap sokongan: 0.7700, 0.7660
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia tidak mampu untuk memecahkan tahap rintangan yang kukuh di 113.50. Tekanan menjual yang lebih ketara pada tahap ini mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek dan menuju ke arah tahap sokongan 113.25.
Tahap rintangan: 113.50, 113.65
Tahap sokongan: 113.25, 112.85
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas segi tiga menyempit. Pengunduran tersebut mencadangkan harga minyak mentah untuk melanjutkan kerugiannya pada jangka pendek dan menuju ke arah tahap sokongan 45.30.
Tahap rintangan: 46.15, 47.30
Tahap sokongan: 45.30, 44.65
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 60-MA (hijau). Penutupan niaga di bawah garisan 20-MA (merah) baru-baru ini mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan 1207.00.
Tahap rintangan: 1220.00, 1230.00, 1240.70
Tahap sokongan: 1207.00, 1197.00