23 Julai 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut susulan dengan data ekonomi negatif.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menyusut selepas data-data ekonomi yang negatif dari rantau A.S. dibebaskan semalam. Menurut kepada Department of Labor, Initial Jobless Claims A.S. telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 368K ke bacaan sebanyak 419K, lebih buruk daripada ramalan pasaran sebanyak 350K. Selain itu, Existing Home Sales A.S. telah memberi bacaan sebanyak 5.86M, yang juga lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 5.90M. Oleh kerana kedua-dua data ekonomi telah memberi bacaan yang lebih buruk daripada jangkaan, yang sealnjutnya mengurangkan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat. Peserta pasaran menjangkakan bahawa Federal Reserve kemungkinan akan terus melonggarkan dasar monetarinya untuk memberangsangkan momentum ekonomi. Walau bagaimanapun, aset selamat Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya di tengah kekurangan sentimen risiko di pasaran FX berikutan banyak negara melaporkan peningkatan jumlah Varian Delta. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.04% ke 92.80.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.18% ke $72.15 se tong semasa penulisan. Tanda-tanda pemulihan ekonomi global yang berterusan dari pandemi Covid-19 dengan proses program vaksinasi yang pantas telah mencetuskan prospek positif untuk komoditi hitam tersebut. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.01% ke $ 1807.12 se troy auns di tengah penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – Retail Sales (MoM) (Jun) | -1.40% | 0.50% | – |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Jul) | 65.1 | 64.1 | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI | 63.9 | 62.7 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI | 62.4 | 62 | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (May) | -7.20% | -2.00% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 92.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 93.25, 94.10
Tahap sokongan: 92.70, 92.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3740. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3900, 1.3980
Tahap sokongan: 1.3740, 1.3565

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1850. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1725.
Tahap rintangan: 1.1850, 1.1955
Tahap sokongan: 1.1725, 1.1635

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 109.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 110.45, 110.95
Tahap sokongan: 109.75, 109.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7320. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7410.
Tahap rintangan: 0.7410, 0.7495
Tahap sokongan: 0.7320, 0.7240

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6915. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7120.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7305
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.2585. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2585, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2440, 1.2275

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan terdahulu 0.9230. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9135.
Tahap rintangan: 0.9230, 0.9305
Tahap sokongan: 0.9135, 0.9035

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 71.80. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 71.80, 76.20
Tahap sokongan: 66.35, 61.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan terdahulu 1798.15. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1813.05.
Tahap rintangan: 1813.05, 1832.25
Tahap sokongan: 1798.15, 1788.95