83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Julai 2021                       Analisis Sesi Petang

 

Euro jatuh susulan ECB yang dovish.

Mata wang Euro yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh selepas ECB menyampaikan nada dovish dalam mesyuarat ECB. Seperti yang dijangkakan, ECB mengekalkan kadar faedah dan dasar kewangannya dengan tidak berubah. Walau bagaimanapun, ECB telah mengumumkan garis panduan yang baru untuk dasar kewangannya dengan membiarkan inflasi melayang di atas sasaran 2% untuk jangka masa yang lebih lama. Tindakan tersebut telah diambil setelah ECB menjangkakan kenaikan inflasi adalah untuk sementara sahaja dan mereka ingin memastikan bahawa semua aspek ekonomi telah pulih dengan ketara sebelum melaksanakan pengetatan dasar kewangan. Dalam sidang media, Presiden ECB Christine Lagarde menyatakan bahawa peningkatan kes koronavirus baru-baru ini akan menjadi ancaman besar kepada pemulihan ekonomi momentum di EU. Oleh itu, mereka akan terus melonggarkan polisi untuk jangka masa yang lebih lama sebelum mengetatkan dasar kewangan. Pada masa penulisan, EUR/USD jatuh sebanyak 0.03% kepada 1.1775.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.16% kepada $71.62 setong semasa penulisan berikutan dengan optimisme terhadap peningkatan dalam permintaan dan pengetatan pasaran global. Para pelabur terus bertaruh pada asas positif yang lebih luas susulan dengan pelancaran vaksin yang membolehkan ekonomi untuk dibuka semula. Selain itu, Baker Hughes menjangkakan permintaan minyak mentah akan terus meningkat pada separuh kedua 2021 sehingga ke tahun depan. Sebaliknya, harga emas jatuh sebanyak 0.06% kepada $1803.22 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kenaikan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – Retail Sales (MoM) (Jun) -1.40% 0.50%
15:30 EUR – German Manufacturing PMI (Jul) 65.1 64.1
16:30 GBP – Manufacturing PMI 63.9 62.7
16:30 GBP – Services PMI 62.4 62
20:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (May) -7.20% -2.00%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 92.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 93.10.

 

Tahap rintangan: 93.10, 93.45

Tahap sokongan: 92.70, 92.05

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3735. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3890, 1.3990

Tahap sokongan: 1.3735, 1.3575

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1785. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1705.

 

Tahap rintangan: 1.1785, 1.1880

Tahap sokongan: 1.1705, 1.1625

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 110.40. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 109.70.

 

Tahap rintangan: 110.40, 111.00

Tahap sokongan: 109.70, 109.20

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7340. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7415.

 

Tahap rintangan: 0.7415, 0.7485

Tahap sokongan: 0.7340, 0.7245

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7000. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7000, 0.7075

Tahap sokongan: 0.6925, 0.6825

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2565. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.2675

 

Tahap rintangan: 1.2675, 1.2770

Tahap sokongan: 1.2565, 1.2470

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9200. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9200, 0.9245

Tahap sokongan: 0.9135, 0.9090

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 70.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 74.60.

 

Tahap rintangan: 74.60, 76.90

Tahap sokongan: 70.85, 68.40

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap rintangan 1792.10. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1814.80.

 

Tahap rintangan: 1814.80, 1831.85

Tahap sokongan: 1792.10, 1762.20