02 Ogos 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar meningkat susulan dengan penyataan hawkish.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah didagang dengan lebih tinggi pada hari Jumaat yang lalu anggota Federal Reserve James Bullard melepaskan nada hawkish. Menurut Reuters, James Bullard mendakwa bahawa Federal Reserve harus bermula untuk mengurangkan pembelian bon bulanannya sebanyak $120 bilion dan mengetatkan dasar monetari pada bulan-bulan pertama 2022, meningkatkan suku bunga tahun itu jika diperlukan untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi sekiranya perkembangan ekonomi memulih dengan ketara. Bullard adalah ahli Fed pertama yang bercakap secara terbuka selepas mesyuarat bank pusat minggu ini. Walaupun demikian, Ketua Fed Jerome Powell mengatakan bahawa pemulihan pasaran pekerjaan AS adalah masih leibh buruk daripada sasaran Fed sementara Fed masih perlu mengekalkan kebijakan monetari yang agresif untuk memberangsangkan momentum ekonomi. Pernyataan keseluruhan dari Fed sementara kini adalah masih tetap kabur, justerunya para pelabur harus terus meneliti kemas kini terbaru berkenaan dengan rancangan dasar monetari masa depan untuk menjangkakan pergerakaan ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 0.10% ke 92.08.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.10% ke $73.80 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah meningkat susulan dengan para pelabur membuat spekulasi bahawa proses vaksinasi yang pantas akan mencetuskan prospek positif terhadap permintaan minyak mentah pada masa yang akan datang. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.10% ke $1816.15 se tong semasa penulisan susulan dengan peningkatan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Jul) | 65.6 | 65.6 | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Jul) | 60.4 | 60.4 | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Jul) | 60.6 | 60.9 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 91.80. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 92.25, 92.65
Tahap sokongan: 91.80, 90.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3890. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjtukan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3980, 1.4100
Tahap sokongan: 1.3890, 1.3830

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1885. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1885, 1.1955
Tahap sokongan: 1.1775, 1.1725

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 109.70. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.70, 110.55
Tahap sokongan: 109.05, 108.55

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7320. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7410, 0.7495
Tahap sokongan: 0.7320, 0.7240

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6915. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7305
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2440. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2535.
Tahap rintangan: 1.2535, 1.2670
Tahap sokongan: 1.2440, 1.2275

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9035. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9135, 0.9230
Tahap sokongan: 0.9035, 0.8940

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rintangan terdahulu 72.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 74.80, 76.20
Tahap sokongan: 72.25, 69.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1813.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1832.25, 1851.85
Tahap sokongan: 1813.05, 1799.60