02 Ogos 2021 Analisis Sesi Petang
Aussie jatuh susulan data China yang kecewa.
Dolar Australia yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain kekal ditekan dan jatuh setelah keluaran data China yang lebih lemah daripada yang dijangkakan baru-baru ini. Menurut kepada Markit Economics, data Caixin Manufacturing PMI China jatuh kepada 50.3, lebih lemah daripada jangkaan pasaran pada 51 dan juga bacaan sebelumnya sebanyak 51.3. Menurut kepada tinjauan perniagaan, permintaan telah mengecut untuk kali pertama dalam setahun kerana harga produk yang tinggi, sehingga menyebabkan pertumbuhan aktiviti kilang China merosot dengan ketara pada bulan Jun. Oleh disebabkan China adalah rakan perdagangan yang terbesar kepada Australia, data tersebut juga memberi tekanan kepada Aussie. Pada masa yang sama, masalah koronavirus di Australia juga terus memberi tekanan kepada pasangan ini. Bandar ketiga terbesar di Brisbane dan bahagian lain di Queensland telah memasuki sekatan sejak Sabtu yang lalu selepas enam kes baru dikesan. Pada masa penulisan, AUD/USD jatuh sebanyak 0.03% kepada 0.7339.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 1.01% kepada $ 72.97 setong berikutan dengan kebimbangan mengenai ekonomi China yang mungkin mempengaruhi penggunaan bahan bakar dan juga pengeluaran yang lebih tinggi. Aktiviti kilang China berkembang dengan kadar yang paling perlahan dalam hampir satu setengah tahun untuk bulan Julai dan ia menambah kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi dalam ekonomi kedua yang terbesar di dunia. Selain itu, tinjauan Reuters menunjukkan bahawa pengeluaran minyak dari Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah meningkat ke paras tertinggi sejak April 2020 pada bulan Julai. Pada waktu penulisan, harga emas jatuh sebanyak 0.12% kepada $1811.82 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kenaikan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Jul) | 65.6 | 65.6 | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Jul) | 60.4 | 60.4 | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Jul) | 60.6 | 60.9 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 92.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannnya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 92.05, 92.65
Tahap sokongan: 91.60, 91.25

GBPUSD, H4: GBPUSD was traded lower while currently testing the Tahap sokongan 1.3890. MACD which illustrate bearish telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3890. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3990, 1.4105
Tahap sokongan: 1.3890, 1.3735

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1885. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1810.
Tahap rintangan: 1.1880, 1.1950
Tahap sokongan: 1.1810, 1.1755

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 109.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.70, 110.40
Tahap sokongan: 109.20, 108.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7330. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7415, 0.7485
Tahap sokongan: 0.7330, 0.745

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7000. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6925.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6925, 0.6825

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2440. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.2520.
Tahap rintangan: 1.2520, 1.2595
Tahap sokongan: 1.2440, 1.2350

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.9040. Namun, MACD yang yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ii untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.9090.
Tahap rintangan: 0.9090, 0.9135
Tahap sokongan: 0.9040, 0.8990

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 74.60. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 70.85.
Tahap rintangan: 74.60, 76.90
Tahap sokongan: 70.85, 68.40

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1815.80. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1792.10.
Tahap rintangan: 1814.80, 1831.85
Tahap sokongan: 1792.10, 1762.20