06 Ogos 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar didagang dengan rata menjelang data NFP.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah didagang dengan rata susulan dengan para pelabur masih menunggu data pekerjaan A.S. pada bulan Julai sebelum memasuki pasaran. Data pekerjaan Nonfarm Payroll malam ini adalah sangat penting bagi penggubal dasar Fed untuk memutuskan bila perlu mengetatkan dasar monetari. Ahli ekonomi meramalkan bahawa Nonfarm Payrolls kemungkinan akan meningkat sebanyak 880,000 pekerjaan pada bulan Julai, lebih tinggi daripada 850,000 pada bulan Jun. Walaupun begitu, beberapa penganalisis memberi amaran bahawa penyebaran varian Delta Covic-19 dan pembacaan data yang bercampuran akan mencetuskan prospek negatif untuk data Nonfarm Payrolls. Dari segi data ekonomi, Department of Labor melaporkan bahawa A.S. Initial Jobless Claims telah menurun dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 399K ke bacaan sebanyak 385K, walaupun masih lebih buruk daripada ramalan pasaran sebanyak 384K. Semasa penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 0.01% ke 92.30.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.17% ke $69.15 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi di tengah pembetulan teknikal selepas penurunan yang ketara pada awal minggu. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.15% ke $ 1801.85 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah pelabur tetap optimis terhadap momentum ekonomi di Amerika Syarikat. Walaupun, untuk saat ini pelabur akan terus meneliti kemas kini terbaru mengenai data pekerjaan penting malam ini untuk menerima isyarat perdagangan lebih lanjut untuk komoditi emas.
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Jul) | 850K | 900K | – |
| 20:30 | USD – Unemployment Rate (Jul) | 5.90% | 5.70% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Jul) | 230.7K | 150.0K | – |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (Jul) | 71.9 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 91.80. MACD yang memaparkan momentum bearish ayng berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 92.25.
Tahap rintangan: 92.25, 92.65
Tahap sokongan: 91.80, 90.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3880. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3980, 1.4100
Tahap sokongan: 1.3880, 1.3805

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1885. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1775.
Tahap rintangan: 1.1885, 1.1955
Tahap sokongan: 1.1775, 1.1725

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 109.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 110.55.
Tahap rintangan: 110.55, 110.95
Tahap sokongan: 109.70, 109.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7410. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7320.
Tahap rintangan: 0.7410, 0.7495
Tahap sokongan: 0.7320, 0.7240

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6915. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7120.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7305
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2550. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2550, 1.2670
Tahap sokongan: 1.2440, 1.2275

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9035. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9135, 0.9230
Tahap sokongan: 0.9035, 0.8940

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 68.00. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 71.10.
Tahap rintangan: 71.10, 74.80
Tahap sokongan: 68.00, 65.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1814.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1795.70.
Tahap rintangan: 1814.25, 1823.35
Tahap sokongan: 1795.70 1773.45