83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 Ogos 2021                Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Ogos 9 – 13

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 2 – 6

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak dengan latar belakang data ekonomi yang optimis pada minggu lalu yang mendorong optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat. Sementara itu, kenyataan hawkish dari ahli Fed juga mendorong momentum kenaikan yang lebih tinggi untuk dolar AS pada minggu lalu. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 92.05.

 

Menurut kepada kenyataan FOMC, naib pengerusi Fed Richard Clarida mendakwa bahawa Fed berkemungkinan akan bermula untuk mengubahkan dasar kewangannya yang agresif kerana ekonomi AS telah memulih lebih cepat daripada jangkaan secara meluas. Komen yang positif dari Fed telah mencetuskan lantunan dalam hasil perbendaharaan A.S dan meningkatkan daya tarikan dolar AS. Pengetatan dasar kewangan akan mengurangkan peredaran wang di pasaran kewangan serta risiko inflasi di masa depan dan ia juga meningkatkan daya tarik Dolar AS. Dari segi data ekonomi, kebanyakan data ekonomi penting dari A.S adalah lebih baik daripada jangkaan. Menurut kepada Biro Statistik Tenaga Kerja, kadar pengangguran AS telah menurun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 5.9% kepada 5.4%, ia juga lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 5.7%. Sementara itu, data NonFarm Payroll A.S. telah memberi bacaan sebanyak 943K, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 870K. Ini telah mendorong optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat.

 

Walaupun begitu, para pelabur akan terus memberi perhatian kepada  data inflasi penting yang terkini dan juga kenyataan kewangan dari Fed untuk mendapat isyarat perdagangan selanjutnya. Terdapat empat anggota pegawai Fed yang akan memberi kenyataan pada minggu ini dan tidak diragukan lagi mereka akan memberikan pendapat mereka sendiri mengenai sama untuk mengetatkan dasar kewangan.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah mengalami momentum kenaikan pada minggu lalu dan mengakhiri sesi Jumaat lalu dengan harga 110.20. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan USD / JPY adalah disebabkan terutamanya oleh kenaikan dolar AS. Walaupun demikian, peningkatan dalam jumlah kes varian Delta di rantau Asia juga telah mendorong sentimen penghindaran risiko kepada aset selamat, dan mengehadkan keuntungan untuk pasangan USD / JPY.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah merosot sepanjang minggu dan mengakhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1755. Momentum penurunan secara keseluruhan untuk pasangan EUR / USD minggu lalu adalah disebabkan terutamanya oleh kenaikan dolar AS. Dari segi data ekonomi, kebanyakan data penting telah masuk dengan keputusan yang suram. Menurut kepada Markit/CIPS, data Services Purchasing Managers Index (PMI)  (PMI) zon Euro dan data Markit Composite Purchasing Managers Index (PMI) zon Euro telah member bacaan sebanyak 59.8 dan 60.2, kedua-duanya adalah lebih teruk daripada jangkaan pasaran masing-masing sebanyak 60.4 dan 60.6.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah merosot pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3860. Momentum penurunan secara keseluruhan bagi pasangan GBP / USD minggu lalu disebabkan oleh kenaikan dolar AS. Walaupun begitu, kerugian yang dialami oleh pasangan GBP / USD boleh dihadkan oleh sentimen yang hawkish dari bank pusat England pada minggu lalu. Menurut kepada Bloomberg, Gabenor Bank of England, Andrew Bailey telah memberi isyarat bahawa ekonomi UK telah memulih dengan ketara dari kemelesetan wabaknya, para penganalisis menjangkakan kadar inflasi sekarang akan melebihi 3% untuk tahun ini. Kenaikan yang mendadak dalam kadar inflasi dapat memberikan petunjuk bahawa pengetatan dasar kewangan mungkin akan diperlukan lebih awal dari yang dijangkakan. Walaupun begitu, BoE memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah semasa dengan tidak berubah pada 0.10% untuk masa ini sementara membiarkan pelonggaran dasar kewangan yang kuantitatifnya dengan tidak berubah dalam usaha untuk menyokong pemulihan ekonomi.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 2 – 6

GOLD

Harga emas telah menjunam pada minggu lalu dengan harga $1815.00 se troy auns di tengah-tengah kenyataan hawkish serta data ekonomi yang positif pada minggu lalu telah mendorong harapan bahawa Fed bermungkinan akan bermula untuk melaksanakan pengetatan dasar kewangan lebih awal dari jangkaan dan mengurangkan daya tarikan komoditi aset selamat. Para pelabur berspekulasi bahawa pengetatan dasar monetari dari Fed akan mengurangkan risiko inflasi di masa depan dan mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka dari emas selamat kepada bon perbendaharaan AS yang lain. Walaupun begitu, kenyataan secara keseluruhan dari Fed adalah masih kabur buat masa ini, oleh itu para pelabur harus kekal memantau perkembangan yang terbaru berkenaan dengan rancangan dasar kewangan masa depan untuk mengukur kemungkinan pergerakan komoditi emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah merosot dengan ketara pada minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $73.15. Harga minyak mentah telah mengalami momentum penurunan pada minggu lalu berdasarkan dengan latar belakang data inventori yang negatif pada minggu lalu. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga, inventori minyak mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak 3.626M, tersasar daripada ramalan pasaran sebanyak -3.102M. Di samping itu, pasaran minyak melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah peningkatan dalam jumlah varian Delta di seluruh dunia yang mendorong prospek negatif permintaan minyak. Walaupun begitu, para pelabur akan terus memantau perkembangan yang terkini berkenaan dengan Covid-19 untuk mengukur kemungkinan pergerakan komoditi hitam ini.

 

Tinjauan Pasaran: Ogos 9 – 13

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti Initial Jobless Claims A.S untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Ogos 9 – 13

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 9hb Ogos 2021
22:00 USD JOLTs Job Openings (Jun) 9.270M 9.209M
Selasa – 10hb Ogos 2021
17:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (Aug) 57.0 63.3
Rabu – 11hb Ogos 2021
20:30 USD Core CPI (MoM) (Jul) 0.4% 0.9%
22:30 USD Crude Oil Inventories -3.102M 3.626M
Khamis – 12hb Ogos 2021
14:00 GBP GDP (QoQ) (Q2) 4.8% -1.6%
14:00 GBP Manufacturing Production (MoM) (Jun) 0.4% -0.1%
20:30 USD Initial Jobless Claims 373K 385K
20:30 USD PPI (MoM) (Jul) 0.6% 1.0%
Jumaat – 13hb Ogos 2021
09:30 AUD Employment Change (Jul) 30.0K 29.1K