12 Ogos 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menyusut berikutan dengan data ekonomi negatif.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menyusut dengan latar belakang data ekonomi yang bearish semalam. Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja A.S., Core Consumer Price Indeks (CPI) telah menurun dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 0.9% ke bacaan sebanyak 0.3%, lebih buruk daripada ramalan pasaran sebanyak 0.4%. Oleh kerana data ekonomi tersebut telah menunjukkan bacaan yang lebih buruk daripada jangkaan, yang menurunkan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat sambil meningkatkan harapan bahawa Federal Reserve mungkin terus melaksanakan dasar monetari pengembangannya dalam jangka panjang untuk memberangsangkan momentum ekonomi. Walaupun demikian, para pelabur akan terus meneliti kemas kini penting berkenaan dengan data ekonomi lebih lanjut serta pernyataan dasar monetari dari Federal Reserve untuk mengukur kemungkinan pergerakan ke atas pasangan tersebut. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.03% ke 92.89.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.17% ke $ 69.35 setong semasa penulisan. Pasaran minyak telah didagang dengan lebih rendah rendah di tengah peningkatan jumlah varian Delta di seluruh dunia telah mengurangkan daya tarikan komoditi hitam tersebut. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.05% ke $1752,50 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – GDP (QoQ) (Q2) | -1.6% | 4.8% | – |
| 14:00 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Jun) | -0.1% | 0.4% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 385K | 373K | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (Jul) | 1.0% | 0.6% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 91.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 92.25.
Tahap rintangan: 92.25, 92.65
Tahap sokongan: 91.80, 90.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3880. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3880, 1.3980
Tahap sokongan: 1.3805, 1.3740

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1705. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1850, 1.1955
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1635

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 110.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 110.70, 110.10
Tahap sokongan: 109.70, 109.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7320. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7410.
Tahap rintangan: 0.7410, 0.7495
Tahap sokongan: 0.7320, 0.7240

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6915. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7120.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7305
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2585. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2440.
Tahap rintangan: 1.2585, 1.2670
Tahap sokongan: 1.2440, 1.2315

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9230. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9230, 0.9305
Tahap sokongan: 0.9165, 0.9035

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 68.00. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 71.10.
Tahap rintangan: 71.10, 74.80
Tahap sokongan: 68.00, 66.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1751.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1751.95, 1788.50
Tahap sokongan: 1715.65, 1685.75