24 Julai 2017 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Julai 24 – 28
Kajian Pasaran (Forex): Julai 17 – 21
Dolar A.S.
Dolar A.S. menjunam sehingga ke paras yang terendah di dalam masa setahun berbanding dengan mata wang yang lain akibat daripada kekukuhan euro dan risiko politik di Washington. Indeks dolar menurun sebanyak 0.32% ke 93.78, paras terendah sejak 22hb Jun, 2016. Secara keseluruhan, indeks tersebut telah mencatat kerugian sebanyak 1.32%, penurunan bagi minggu kedua berturut-turut.
Terdahulu, ahli pembuat dasar dari parti Republikan menarik sokongan mereka untuk versi terbaru Trumpcare yang bakal menggantikan Obamacare (bil penjagaan kesihatan) telah meletakan tekanan pada pentadbiran Trump. Selain itu, Bloomberg juga telah melaporkan bahawa siasatan ke atas hubungan kempen Trump dan Rusia pada pilihanraya tahun lalu bakal dilanjutkan ke atas perniagaannya dan ini telah meningkatkan kebimbangan terhadap risiko politik di Washington.
Perkembangan terbaru di dalam politik A.S. telah mencetuskan penjualan pada mata wang dolar oleh kerana Trump berkemungkinan untuk menghadapi kesukaran atau kelewatan dalam melaksanakan dasar ekonomi beliau. Selain itu, prospek yang makin merosot ke atas rancangan Bank Pusat A.S. untuk meningkatkan kadar faedah buat kali ketiga di dalam tahun ini juga telah dikaitkan dengan kelemahan dolar baru-baru ini.
USD/JPY
Yen Jepun meneruskan kekukuhannya dengan USD/JPY menutup niaga berhampiran paras rendah sebulan di 111.12.
EUR/USD
Euro melonjak ke paras yang tertinggi di dalam masa dua tahun berbanding dengan dolar A.S. di $1.1683 selepas terdapatnya kemungkinan di mana Bank Pusat Eropah bakal mengurangkan program pembelian bonnya tidak lama lagi.
GBP/USD
Pound sterling meningkat selanjutnya berbanding dengan dolar A.S. selepas ia menokok sebanyak 0.15% ke $1.2993 pada sesi dagangan lewat Jumaat yang lalu.
Kajian Pasaran (Komoditi): Julai 17 – 21
GOLD
Harga emas meningkat untuk sesi keenam berturut-turut pada hari Jumaat yang lalu sambil mencatat keuntungan mingguan yang terbesar di dalam tempoh dua bulan selepas dolar A.S. menjunam sehingga ke paras rendah setahun. Harga logam tersebut ditutup dengan 0.72% lebih tinggi pada $ 1,254.48 sementara mencatatkan keuntungan mingguan sebanyak 1.97%. Dolar yang lebih lemah adalah lebih cenderung untuk merangsang harga emas, yang didominasi dalam dolar AS. Selain itu, prospek yang lebih rendah untuk kenaikan kadar faedah akan meningkatkan daya tarikan emas sebagai aset alternatif apabila kos pinjaman dijangka untuk kekal stabil.
Crude Oil
Harga minyak mentah diselesaikan dengan lebih rendah pada Jumaat lepas sambil berakhir pada tahap yang terendah di dalam masa seminggu. Sentimen pasaran terhadap harga minyak telah merosot berikutan dengan laporan yang menunjukan pengeluaran minyak dari ahli OPEC dijangka untuk meningkat meskipun kartel tersebut berjanji untuk membekukan tahap pengeluaran harian. Harga minyak susut sebanyak $ 1.15 atau 2.5% ke $ 45.77 setong. Penurunan mendadak pada hari Jumaat memangkas sebarang keuntungan pada awal minggu ini dengan harganya mencatat kerugian sebanyak 1.7%.
Harga minyak merosot pada hari Jumaat selepas firma pengesan tangki, PetroLogistics melaporkan bahawa pengeluaran minyak mentah dari ahli OPEC dijangka untuk meningkat sebanyak 145,000 tong sehari pada bulan Julai. Peningkatan bekalan minyak akan mendorong tahap pengeluarannya melebihi 33 juta tong sehari disebabkan oleh peningkatan pengeluaran dari negara Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Nigeria.
Berita tersebut telah dilepaskan menjelang pertemuan yang dinanti-nantikan antara beberapa ahli OPEC dan bukan ahli pada hari Isnin ini. Mereka bakal bertemu untuk membincangkan kadar pematuhan dan status terkini mengenai pelan untuk mengehadkan tahap pengeluaran harian. Sementara itu, syarikat perkhidmatan tenaga AS, Baker Hughes melaporkan bahawa bilangan pelantar minyak yang aktif telah menurun sebanyak 1 ke 764 pada minggu lalu. Data yang lebih optimistik tersebut telah menunjukkan tanda-tanda awal bahawa pertumbuhan pengeluaran domestik di A.S. semakin berkurang.
Terdahulu, OPEC dan beberapa bukan ahli telah melanjutkan pelan pemotongan pengeluaran harian sebanyak 1.8 juta tong sehari sehingga ke bulan Mac 2018. Namun, pelan tersebut masih tidak membawa hasil yang ketara pada inventori minyak global oleh kerana beberapa negara yang tidak terbabit seperti Libya, Nigeria dan A.S. masih meningkatkan pengeluaran mereka.
U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah susut sebanyak 1 namun jumlah keseluruhan masih di paras tinggi dua tahun iaitu 764.
Pandangan Mingguan: Julai 24 – 28
Untuk minggu ini, pelabur akan menunggu keputusan mesyuarat Bank Pusat A.S. pada hari Rabu manakala data pertumbuhan ekonomi A.S. akan dilepaskan pada hari Jumaat. Selain itu, data tinjauan bagi zon EU akan dilepaskan pada hari Isnin dan ia akan memberikan isyarat mengenai pemulihan ekonomi di kawasan euro. Di samping itu, UK dijangka untuk melepaskan bacaan pertumbuhan ekonomi bagi suku kedua pada hari Rabu.
Peniaga minyak akan memberi tumpuan kepada mesyuarat pengeluar minyak mentah utama pada hari Isnin untuk mendapatkan prospek selanjutnya mengenai usaha mereka dalam mengimbangi tahap penawaran dan permintaan global. Tambahan pula, para pelabur akan mengawasi maklumat mingguan yang terkini mengenai stok minyak mentah AS pada hari Selasa dan Rabu untuk mendapatkan isyarat pasaran yang lebih lanjut.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Julai 24 – 28
| Isnin, Julai 24 |
Data EUR – German Manufacturing PMI (Jul) CAD – Wholesale Sales (MoM) (May) USD – Existing Home Sales (Jun)
Acara Crude Oil – OPEC Meeting
|
| Selasa, Julai 25 |
Data EUR – German Ifo Business Climate Index (Jul) USD – CB Consumer Confidence (Jul)
Acara N/A
|
| Rabu, Julai 26 |
Data Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock AUD – CPI (QoQ) (Q2) GBP – GDP (YoY) (Q2) USD – New Home Sales (Jun) Crude Oil – Crude Oil Inventories USD – Fed Interest Rate Decision
Acara USD – FOMC Statement
|
| Khamis, Julai 27 |
Data USD – Initial Jobless Claims USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jun)
Acara N/A
|
|
Jumaat, Julai 28
|
Data EUR – German CPI (MoM) (Jul) USD – GDP (QoQ) (Q2) CAD – GDP (MoM) (May) USD – Michigan Consumer Sentiment (Jul) Crude Oil – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count
Acara N/A
|
Analisis Teknikal Mingguan: Julai 24 – 28
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah memecah keluar dari paras bawah saluran menurun dan ia memberi isyarat kepada lanjutan aliran menurunnya. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah mencadangkan indeks tersebut untuk menuju ke sasaran di 93.20.
Tahap rintangan: 94.00, 94.95
Tahap sokongan: 93.20, 92.45
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2970. Isyarat melantun dari paras oversold yang dipaparkan oleh Stochastic Oscillator mencadangkan GBPUSD untuk meneruskan kenaikannya ke tahap rintangan 1.3120.
Tahap rintangan: 1.3120, 1.3260
Tahap sokongan: 1.2970, 1.2830
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah melanjutkan kerugiannya selepas ia berundur dari paras atas segi tiga meningkat. Penutupan niaganya di bawah tahap sokongan 110.85 akan mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya ke paras bawah segi tiga tersebut.
Tahap rintangan: 111.85, 112.85, 114.30
Tahap sokongan: 110.85, 110.00
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah melanjutkan kenaikannya selepas kedua-dua garisan MA membentuk corak silang emas. Momentum menaik dari MACD yang makin meningkat mencadangkan EURUSD untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia menutup di atas tahap psikologi 1.1700.
Tahap rintangan: 1.1700, 1.1880
Tahap sokongan: 1.1550, 1.1370
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun dan kini sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1259.00. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik yang ketara mencadangkan harganya untuk meneruskan momentum menaik selepas ia memecahkan tahap 1259.00.
Tahap rintangan: 1259.00, 1270.35
Tahap sokongan: 1247.00, 1232.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur berhampiran paras 47.00. Penutupan niaga di bawah garisan 20-MA (merah) baru-baru ini mencadangkan bias menurun yang lebih ketara bagi harganya untuk melanjutkan kerugian ke sasaran tahap sokongan 45.25.
Tahap rintangan: 47.00, 48.50
Tahap sokongan: 45.25, 43.70