18 Ogos 2021 Analisis Sesi Petang
Pound jatuh susulan data pekerjaan yang bercampuran.
Paun sterling telah menyusut terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain dengan latar belakang data ekonomi yang bercampuran. Menurut kepada Statistik Nasional, data Unemployment Rate di UK untuk bulan Jun telah turun dari 4.8% kepada 4.7%, manakala data Employment Change untuk bulan Jun meningkat dari 25K kepada 95K. Kedua-dua data pekerjaan tersebut yang penting memberikan isyarat bahawa ekonomi UK telah bertambah baik susulan dengan lebih banyak peluang pekerjaan diciptakan untuk tenaga kerja di UK dan berpotensi meningkatkan momentum ekonomi. Walaupun begitu, kekecewaan dari UK Claimant Count Change pada bulan Julai yang jatuh kepada -7.8K berbanding dengan bacaan sebelumnya sebanyak 114.8K telah membayangi pekerjaan yang optimis. Lebih-lebih lagi, paun sterling juga melanjutkan kerugiannya susulan dengan masalah Brexit. Isu Brexit masih berlanjutan ketika kedua-dua UK dan EU mengalami kebuntuan dalam Protokol Ireland Utara. Menurut kepada data daripada Central Statistics Office (CSO), eksport bersih UK ke Ireland mengalami defisit setelah eksport UK diganggu oleh syarat kastam yang ketat. Tambahan pula, peningkatan risiko geopolitik di Afghanistan juga telah mengurangkan selera risiko di pasaran FX yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka kepada dolar AS yang selamat. Pada masa penulisan, GBP/USD jatuh sebanyak 0.08% kepada 1.3752.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah jatuh 0.16% kepada $ 66.38 setong semasa penulisan. Harga minyak mentah kekal ditekan di tengah-tengah prospek permintaan yang lemah di China dan dolar AS yang lebih kukuh. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.2% kepada $1791.61 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko yang meningkat dan meningkat daya tarikan emas sebagai aset selamat.
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – CPI (YoY) (Jul) | 2.50% | 2.30% | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (Jul) | 2.20% | 2.20% | – |
| 20:30 | USD – Building Permits (Jul) | 1.594M | 1.610M | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Jul) | 0.30% | – | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -0.447M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 93.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 93.10, 93.45
Tahap sokongan: 92.65, 92.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.375. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3885, 1.3990
Tahap sokongan: 1.3745, 1.3600

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1705. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1765, 1.1830
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1625

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 109.70. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.70, 110.50
Tahap sokongan: 109.20, 108.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.7245. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.7330.
Tahap rintangan: 0.7330, 0.7415
Tahap sokongan: 0.7245, 0.7150

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6925. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.7000.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6925, 0.6825

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2600. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2675, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2600, 1.2535

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.9135. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9200.
Tahap rintangan: 0.9200, 0.9245
Tahap sokongan: 0.9135, 0.9090

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 65.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 68.35.
Tahap rintangan: 68.35, 71.00
Tahap sokongan: 65.65, 63.45

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1792.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1760.35.
Tahap rintangan: 1792.35, 1831.85
Tahap sokongan: 1760.35, 1725.50