83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Julai 2017                       Analisis Harian

 

Sentimen bercampuran, fokus pada FOMC.

Dolar A.S. memegang kepada keuntungan semalaman semasa sesi awal dagangan Asia pada hari Rabu sementara para peserta pasaran menunggu pandangan dasar kewangan oleh Bank Pusat A.S (Fed). Indeks dolar meningkat sebanyak 0.08% sambil berayun berhampiran 93.90. Semalaman, dolar didagang dengan lebih tipis berbanding dengan mata wang yang lain manakala mesyuarat Fed yang diadakan untuk dua hari telah membayangi data keyakinan pengguna yang lebih optimistik terhadap prestasi ekonomi A.S. Indeks Keyakinan Pengguna meningkat ke paras 121.1 pada bulan Julai, paras tertinggi di dalam tempoh 16 tahun. Para ekonomis menjangka ia untuk susut ke paras 116.5. Walaupun Fed secara meluasnya telah dijangka untuk mengekalkan kadar faedah dengan tidak berubah, para pelabur akan memberi tumpuan kepada kenyataan yang dilepaskan bagi mendapatkan isyarat mengenai tempoh kenaikan kadar dan normalisasi penyata imbangan. Apabila dibandingkan dengan mata wang yang lain, Euro susut sebanyak 0.06% ke $1.1639 manakala pasangan USD/JPY menokok sebanyak 0.12% ke 112.02.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak melonjak sebanyak 1% ke $48.37 setong selepas inventori minyak mentah menurun dengan kuantiti yang lebih tinggi. American Petroleum Institute melaporkan bahawa stok simpanan minyak A.S. telah menurun sebanyak 10.23 juta tong pada minggu lalu, jauh lebih tinggi daripada jangkaan untuk menurun sebanyak 3 juta. Sebaliknya, harga emas susut sebanyak 0.36% ke $1,247.24 berikutan dengan kekukuhan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

02:00                     USD                      FOMC Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – CPI (QoQ) (Q2) 0.5% 0.4% 0.2%
16:30 GBP – GDP (YoY) (Q2) 2.0% 1.7%
22:00 USD – New Home Sales (Jun) 610K 615K
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -4.727M -2.629M
02:00 USD – Fed Interest Rate Decision 1.25% 1.25%

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik dan kini sedang menguji di paras bawahnya. Pemecahan dari paras ini akan memberi isyarat kepada lanjutkan aliran menurun dan menuju ke sasaran berikut di 1.3000. Namun, lantunan dari paras tersebut akan mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek di dalam saluran menaik tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3045, 1.3080

Tahap sokongan: 1.3025, 1.3000

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. Penutupan niaga di atas tahap rintangan 1.1655 akan mencadangkan EURUSD untuk meneruskan kenaikannya ke sasaran berikut di 1.1680.

 

Tahap rintangan: 1.1680, 1.1710

Tahap sokongan: 1.1655, 1.1620

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun dan menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah). MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik yang ketara mencadangkan USDJPY untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 112.10.

 

Tahap rintangan: 112.10, 112.55

Tahap sokongan: 111.50, 110.60

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun dan kini sedang menguji di paras atasnya berhampiran 48.50. Kedua-dua garisan MA yang meneruskan penyempitan dan menuju ke atas mencadangkan kemungkinan untuk berlakunya pemecahan dari paras atas dan memberi isyarat untuk meneruskan kenaikannya.

 

Tahap rintangan: 48.50, 50.00

Tahap sokongan: 47.00, 45.25

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah memangkas keuntungan seawalnya selepas ia berundur dari paras tinggi 1258.65. MACD histogram yang menunjukan isyarat menurun mencadangkan harga emas untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap Fibonacci 23.6 di 1245.90.

 

Tahap rintangan: 1253.00, 1258.65

Tahap sokongan: 1245.90, 1238.00