23 Ogos 2021 Analisis Sesi Pagi
Pound slumped amid bearish data.
Paun Sterling telah menyusut dengan latar belakang data ekonomi bearish dari United Kingdom semalam, yang mengurangkan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di UK. Menurut Office for National Statistics, Penjualan Runcit UK telah menurun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 0.2% ke bacaan sebanyak -2.5%, lebih buruk daripada ramalan pasaran sebanyak 0.4%. Data ekonomi negatif tersebut telah menunjukkan bahawa perbelanjaan pengguna di UK tetap lemah di tengah peningkatan jumlah varian Delta telah membatasi beberapa aktiviti ekonomi. Menurut kepada Reuters, UK melaporkan 32,253 kes baru Covid-19 sementara 49 orang lagi dicatatkan telah meninggal dunia akibat daripada jangkitan tersebut. Di samping itu, aset berisiko seperti Pound Sterling telah melanjutkan kerugiannya di tengah para pelabur khuatir terhadap peningkatan jumlah kes Covid-19 akan terus mencetuskan prospek negatif terhadap perkembangan ekonomi, yang mengurangkan selera risiko di pasaran FX sambil mendorong pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka dari aset berisiko seperti Pound Sterling ke arah aset selamat. Semasa masa penulisan, GBP/USD menyusut sebanyak 0.03% ke 1.3621.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.05% ke $62,35 setong semasa penulisan di tengah-tengah para pelabur menjual niaga hadapan minyak mentah dengan jangkaan permintaan minyak mentah akan kekal lemah di seluruh dunia selepas lonjakan kes Covid-19 yang ketara. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.08% ke $1779.54 se troy auns semasa menulis di tengah-tengah para pelabur membuat spekulasi bahawa Federal Reserve mungkin memberikan pernyataan hawkish pada minggu ini semasa persidangan bank pusat Fed di Jackson Hole.
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Aug) | 0.50% | 65.0 | – |
| 16:30 | GBP – Composite PMI (Aug) | 59.2 | – | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Aug) | 60.4 | – | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI (Aug) | 59.6 | – | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Jul) | 5.86M | 5.81M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 93.25. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 93.25, 94.65
Tahap sokongan: 91.80, 90.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3605. Namun MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3880, 1.3980
Tahap sokongan: 1.3605, 1.3415

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1705. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1705, 1.1775
Tahap sokongan: 1.1635, 1.1550

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menugji di tahap sokongan 109.75. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 110.55, 111.10
Tahap sokongan: 109.75, 109.20

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7115. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7240, 0.7320
Tahap sokongan: 0.7115, 0.7000

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.6915. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6765.
Tahap rintangan: 0.6915, 0.7120
Tahap sokongan: 0.6765, 0.6675

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2935. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2770.
Tahap rintangan: 1.2935, 1.3040
Tahap sokongan: 1.2770, 1.2670

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9135. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9230, 0.9305
Tahap sokongan: 0.9135, 0.9035

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 61.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 63.55, 65.05
Tahap sokongan: 61.45, 59.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1794.30. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1773.35
Tahap rintangan: 1794.30, 1812.50
Tahap sokongan: 1773.35, 1754.40