25 Ogos 2021 Analisis Sesi Petang
Aussie meningkat susulan dengan data Capex yang optimis.
Dolar Australia yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah meningkat berikutan dengan pengeluaran data Aussie yang positif. Menurut kepada Biro Statistik Australia, data Private Capital Expenditure Australia (Capex) yang mengukur pelaburan perniagaan telah meningkat kepada tahap tertinggi dua tahun iaitu 4.4%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 2.5%. Data tersebut mengesahkan ekonomi mempunyai perkembangan yang baik pada suku kedua sebelum sekatan berkemungkinan boleh menterbalikkannya. Data yang positif tersebut juga mendorong para pelabur untuk menjangkakan bahawa laporan GDP yang akan dikeluarkan pada minggu depan akan menunjukkan pertumbuhan yang wajar untuk suku tersebut dan peningkatan yang besar dari tahun lalu semasa penutupan ekonomi mendorong kemelesetan ekonomi. Pada masa penulisan, AUD / USD meningkat sebanyak 0.05% menjadi 0.7261.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.12% kepada $67.94 setong semasa penulisan di tengah-tengah kebimbangan mengenai virus. Walaupun data inventori baru-baru ini dari EIA menyokong komoditi ini, wabak baru yang didorong oleh varian Delta menimbulkan kebimbangan mengenai kekuatan dalam pemulihan ekonomi secara global kerana sekatan Covid-19 menjejaskan permintaan untuk minyak dan komoditi lain. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.14% kepada $ 1788.41 se troy auns pada masa penulisan berikutan kenaikan dolar.
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q2) | 6.50% | 6.70% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 348K | 350K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 93.10.
Tahap rintangan: 93.10, 93.70
Tahap sokongan: 92.65, 92.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3760. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.3600.
Tahap rintangan: 1.3760, 1.3885
Tahap sokongan: 1.3600, 1.3460

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1765. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.1705.
Tahap rintangan: 1.1765, 1.1830
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1625

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 109.60.
Tahap rintangan: 110.15, 110.75
Tahap sokongan: 109.60, 109.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7250. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan 0.7250.
Tahap rintangan: 0.7330, 0.7415
Tahap sokongan: 0.7250, 0.7150

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap rintangan 0.7000.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6925, 0.6815

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2585. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.2675.
Tahap rintangan: 1.2675, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2585, 1.2440

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.9200.
Tahap rintangan: 0.9200, 0.9245
Tahap sokongan: 0.9100, 0.9025

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 68.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 65.35.
Tahap rintangan: 68.35, 71.00
Tahap sokongan: 65.35, 61.60

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1792.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1760.35.
Tahap rintangan: 1792.35, 1831.85
Tahap sokongan: 1760.35, 1725.50