31 Julai 2017 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Julai 31 – Ogos 4
Kajian Pasaran (Forex): Julai 24 – 28
Dolar A.S.
Dolar A.S. melanjutkan kerugiannya terhadap mata wang utama lain pada hari Jumaat berikutan dengan pembebasan data ekonomi yang menggambarkan isyarat bercampuran kepada para pelabur. Indeks dolar susut sebanyak 0.61% ke 93.20, harga penutup terendah sejak 22hb Jun 2016. Indeks tersebut telah merekodkan kerugian di sekitar 2.3% untuk bulan ini dan 9% untuk tahun ini.
Menurut kepada Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, keluaran dalam negeri kasar (GDP) bagi suku kedua telah meningkat di dalam bacaan yang diharapkan oleh para ekonomis sebanyak 2.6%. Walau bagaimanapun, bacaan bagi suku pertama telah diselaraskan semula untuk menunjukkan pertumbuhan yang sederhana sebanyak 1.2% daripada 1.6%. Dalam laporan yang berasingan, pertumbuhan gaji dan inflasi kekal lemah pada suku kedua, dan ia telah menggandakan sentimen pesimis terhadap ekonomi AS.
Jabatan Tenaga Kerja AS melaporkan bahawa pertumbuhan gaji telah meningkat dengan kadar 0.5% untuk suku kedua, selepas ia memberikan bacaan yang lebih tinggi bagi suku pertama dengan 0.8%. Begitu juga, Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE), ukuran inflasi yang digemari oleh Bank Pusat A.S. hanya meningkat dengan 0.9%. Bacaan tersebut adalah kadar paling lemah di dalam tempoh dua tahun. Tinjauan inflasi yang lemah telah menimbulkan keraguan terhadap keupayaan Rizab Persekutuan AS untuk mengikuti rancangannya untuk kenaikan kadar buat kali ketiga menjelang akhir tahun ini.
US Gross Domestic Product

—– Ramalan
Gross Domestic Product A.S. berada di dalam jangkaan ekonomis dengan 2.6% bagi suku kedua.
US Employment Wages

Employment wages di A.S. meningkat dengan kadar yang sederhana sebanyak 0.5% bagi suku kedua apabila dibandingkan dengan 0.8% bagi suku pertama.
USD/JPY
USD/JPY memangkas keuntungan seawalnya sambil menurun sebanyak 0.5% ke paras rendah enam minggu di 110.68.
EUR/USD
Euro melonjak sebanyak 0.64% ke $1.1749, tidak jauh dari paras tinggi dua setengah tahun iaitu $1.1755 berbanding dengan dolar A.S. Mata wang tersebut telah meningkat sebanyak 2.84% bagi bulan ini dan 11% bagi tahun ini sambil digelar sebagai mata wang utama yang prestasi paling baik apabila dibandingkan dengan dolar A.S.
GBP/USD
Pound sterling menokok sebanyak 0.54% ke $1.3135 berbanding dengan dolar A.S. pada lewat sesi Jumaat yang lalu.
Kajian Pasaran (Komoditi): Julai 24 – 28
GOLD
Harga emas ditawarkan dengan lebih tinggi pada hari Jumaat yang lalu berikutan dengan data inflasi yang lembap dan ia telah menurunkan sentimen para pelabur untuk Bank Pusat A.S. dalam meningkatkan kadar faedahnya pada akhir tahun ini. Harga logam berharga tersebut ditutup dengan 0.74% lebih tinggi pada $ 1,269.34 sambil mencatatkan peningkatan minggu ketiga berturut-turut sebanyak 1.08%. Dolar A.S. telah menerima tekanan secara meluas selepas data menunjukkan tanda-tanda kelemahan dari segi pertumbuhan gaji dan inflasi, yang telah mencetuskan penjualan pada mata wang. Dolar yang lebih lemah akan meningkatkan daya tarikan emas yang didominasi dalam mata wang AS. Begitu juga, logam tersebut telah menerima sokongan selanjutnya selepas ketegangan di antara Amerika Syarikat dan Korea Utara makin meningkat.
Crude Oil
Harga minyak mentah diselesaikan dengan lebih tinggi untuk sesi kelima berturut-turut pada hari Jumaat sambil mencatat keuntungan mingguan terbesar berikutan tanda-tanda pemulihan pada permintaan yang boleh mengimbangi kelebihan bekalan di dalam pasaran. Harganya menokok sebanyak 67 sen atau 1.4% sambil mengakhiri minggu lalu di $ 49.71 setong. Untuk minggu tersebut, ia telah meningkat sebanyak $3.94 atau sekitar 8.5%, keuntungan yang terbesar sejak Disember lalu selepas Arab Saudi dan Nigeria berjanji untuk mengurangkan eksport dan pengeluaran minyak mentah mereka.
Data dari American Petroleum Institute dan Energy Information Administration menunjukkan penurunan minggu keempat berturut-turut dalam inventori minyak mentah AS yang menandakan kelembapan dalam pengeluaran syal AS dan ia telah meningkatkan keyakinan terhadap pengimbangan semula pasaran minyak. Selain itu, syarikat perkhidmatan tenaga Baker Hughes melaporkan bahawa bilangan pelantar penggerudian yang aktif meningkat sebanyak 2 ke 766 minggu lepas, menunjukkan tanda-tanda awal kelembapan pertumbuhan pengeluaran domestik.
Terdahulu, OPEC dan beberapa bukan ahli telah melanjutkan pelan pemotongan pengeluaran harian sebanyak 1.8 juta tong sehari sehingga ke bulan Mac 2018. Namun, pelan tersebut masih tidak membawa hasil yang ketara pada inventori minyak global oleh kerana beberapa negara yang tidak terbabit seperti Libya, Nigeria dan A.S. masih meningkatkan pengeluaran mereka.
U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah meningkat sebanyak 2 dan jumlah keseluruhan masih di paras tinggi tiga tahun iaitu 766.
Pandangan Mingguan: Julai 31 – Ogos 4
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada laporan pekerjaan NFP yang dinanti-nantikan pada hari Jumaat untuk petunjuk selanjutnya mengenai arah tuju dasar kewangan Bank Pusat A.S. Mesyuarat bank pusat di UK dan Australia juga akan ditumpukan sementara zon Eropah bakal melepaskan data awal mengenai inflasi dan pertumbuhan bagi suku kedua.
Jika tidak, peniaga minyak akan memantau maklumat terkini mengenai stok AS untuk mengukur kekuatan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia. Selain itu, ulasan dari pengeluar minyak utama akan ditumpu juga yang mungkin memberi isyarat kepada pematuhan mereka terhadap perjanjian untuk mengurangkan atau membekukan paras pengeluaran mereka.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Julai 31 – Ogos 4
| Isnin, Julai 31 |
Data CNY – Manufacturing PMI (Jul) NZD – ANZ Business Confidence (Jul) EUR – German Retail Sales (YoY) (Jun) EUR – CPI (YoY) (Jul) GBP – Net Lending to Individuals USD – Chicago PMI (Jul) USD – Pending Home Sales (MoM) (Jun)
Acara N/A
|
| Selasa, Ogos 1 |
Data CNY – Caixin Manufacturing PMI (Jul) AUD – RBA Interest Rate Decision (Aug) EUR – German Manufacturing PMI (Jul) EUR – German Unemployment Change (Jul) GBP – Manufacturing PMI (Jul) USD – ISM Manufacturing PMI (Jul)
Acara AUD – RBA Rate Statement
|
| Rabu, Ogos 2 |
Data Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock NZD – Employment Change (QoQ) (Q2) AUD – Building Approvals (MoM) (Jun) GBP – Construction PMI (Jul) USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jul) Crude Oil – Crude Oil Inventories
Acara N/A
|
| Khamis, Ogos 3 |
Data AUD – Trade Balance (Jun) GBP – Services PMI (Jul) GBP – BoE Interest Rate Decision (Jul) USD – Initial Jobless Claims USD – Factory Orders (MoM) (Jun) USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jul)
Acara GBP – BoE Inflation Report GBP – BoE MPC Meeting Minutes GBP – BoE Gov Carney Speaks
|
|
Jumaat, Ogos 4
|
Data AUD – Retail Sales (MoM) (Jun) USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Jul) USD – Nonfarm Payrolls (Jul) USD – Unemployment Rate (Jul) CAD – Employment Change (Jul) CAD – Ivey PMI (Jul) Crude Oil – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count
Acara AUD – RBA Monetary Policy Statement
|
Analisis Teknikal Mingguan: Julai 31 – Ogos 4
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah meneruskan kerugiannya selepas ia berundur dari tahap rintangan di 94.00. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah mencadangkan indeks dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan 93.00.
Tahap rintangan: 94.00, 94.95
Tahap sokongan: 93.00, 92.00
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD didagang di dalam saluran menyempit meningkat selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). Penutupan niaga di atas tahap rintangan 1.3120 baru-baru ini mencadangkan bias menaik kepada GBPUSD untuk melanjutkan kenaikan ke sasaran berikut di 1.3235.
Tahap rintangan: 1.3235, 1.3350
Tahap sokongan: 1.3120, 1.2970
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 110.85. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit ke bawah mencadangkan kemungkinan untuk berlakunya pemecahan dari paras bawah segi tiga menaik dan memberi isyarat kepada pertukaran arah alirannya. Sasaran berikut adalah berada di 110.10.
Tahap rintangan: 110.85, 111.85, 114.30
Tahap sokongan: 110.10, 109.40
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah meneruskan kenaikannya selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan yang kukuh di 1.1700. Penunjuk MACD yang memaparkan momentum menaik yang makin bertambah mencadangkan bias menaik kepada EURUSD untuk menuju ke sasaran 1.1880.
Tahap rintangan: 1.1880, 1.2000
Tahap sokongan: 1.1700, 1.1550
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1247.00. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik yang ketara mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan selepas ia menutup di atas tahap rintangan 1270.35.
Tahap rintangan: 1270.35, 1281.00, 1295.00
Tahap sokongan: 1259.00, 1247.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah melanjutkan kenaikannya selepas pembentukan corak silang emas oleh kedua-dua garisan MA. Penutupan niaga di atas tahap psikologi 50.00 akan mencadangkan lanjutkan pada momentum menaiknya ke sasaran berikut di 51.50.
Tahap rintangan: 50.00, 51.50
Tahap sokongan: 48.50, 47.00