21 September 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar New Zealand telah jatuh susulan nada RBNZ yang dovish.
Dolar New Zealand yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah jatuh dengan latar belakang nada yang dovish dari bank pusat New Zealand (RBNZ). Menurut kepada Penolong Gabenor RBNZ Christian Hawkesby, bank pusat secara global adalah cenderung untuk mengikuti jalan yang lancar dan mengekalkan dasar mereka dengan tidak berubah oleh disebabkan ketidakpastian dan risiko. Beliau menyampaikan keputusan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) untuk menangguhkan kenaikan kadar faedah untuk memberikan rangsangan bagi menyokong pemulihan ekonomi. Di samping itu, ketakutan yang berterusan terhadap isu China Evergrande juga membebani pasangan ini. Spekulasi bahawa Evergrande berada di ambang kemuflisan telah mengurangkan sentimen risiko sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka kepada dolar AS sebagai tempat selamat. Pasangan ini juga melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah spekulasi pasaran mengenai pengumuman Fed untuk pengetatan dasar semasa mesyuarat dasar kewangan yang akan datang. Dasar kewangan yang ketat di AS dijangka dapat menurunkan bekalan wang dan meningkatkan daya tarikan dolar AS. Pada masa penulisan, pasangan NZD / USD telah merosot sebanyak 0.11% kepada 0.7016.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.2% kepada $ 70.79 setong pada masa penulisan di tengah-tengah prospek permintaan yang positif. Harga minyak telah melambung susulan dengan peningkatan dalam optimisme pasaran terhadap kempen vaksinasi dan pelonggaran sekatan di seluruh dunia. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.15% kepada $ 1758.50 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan sentimen penghindaran risiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day CNY Mid-Autumn Festival
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Building Permits (Aug) | 1.600M | 1.630M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 93.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 93.70, 94.20
Tahap sokongan: 93.10, 92.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3605. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.3765.
Tahap rintangan: 1.3765, 1.3875
Tahap sokongan: 1.3605, 1.3460

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1705. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1800.
Tahap rintangan: 1.1800, 1.1885
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1625

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 109.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.60, 110.20
Tahap sokongan: 109.15, 108.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.7250. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7335.
Tahap rintangan: 0.7335, 0.7415
Tahap sokongan: 0.7250, 0.7150

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6990. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.7075.
Tahap rintangan: 0.7075, 0.7145
Tahap sokongan: 0.6990, 0.6920

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2770. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2870, 1.2955
Tahap sokongan: 1.2770, 1.2685

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9310. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9245.
Tahap rintangan: 0.9310, 0.9375
Tahap sokongan: 0.9245, 0.9200

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 70.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 72.45.
Tahap rintangan: 72.45, 74.30
Tahap sokongan: 70.45, 68.05

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1753.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1785.80.
Tahap rintangan: 1785.80, 1806.85
Tahap sokongan: 1753.05, 1725.50