83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 September 2021                       Analisis Sesi Petang

 

Swiss Franc meningkat susulan data ekonomi yang optimis.

Mata wang Franc Swiss yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah meningkat berikutan dengan pembebasan data perdagangan yang optimis dari Switzerland. Menurut kepada Pejabat Perangkaan Persekutuan, data Trade Balance Switzerland telah memberi bacaan sebanyak 5.055B, lebih tinggi daripada jangkaan bacaan sebanyak 4.5B. Data yang lebih baik dari jangkaan tersebut telah memberikan nada positif terhadap pertumbuhan ekonomi dalam rantau ini. Selain itu, potensi risiko dalam kegagalan China Evergrande untuk membayar telah mendorong kebimbangan para pelabur terhadap kesan limpahan ke dalam ekonomi global dan juga meningkatkan daya tarikan mata wang Franc Swiss sebagai tempat perlindungan. China Evergrande yang kini berhutang sebanyak $310 bilion dijangka perlu membuat beberapa pembayaran faedah mulai hari Khamis dan agensi penarafan kredit menyatakan bahawa kegagalan untuk membayar adalah “mungkin”. Tambahan pula, Swiss Franc juga mendapat sokongan yang lebih lanjut dari pengaliran masuk mata wang yang lebih tinggi. Menurut kepada para penganalisis, aliran pelaburan asing baru-baru ini ke dalam saham Switzerland, terutamanya ke saham Swiss yang kelas berat seperti Nestle dan Roche, telah mengakibatkan kenaikan dalam angka Imbangan Pembayaran Swiss. Pada penulisan, pasangan mata wang USD / CHF turun 0.11% kepada 0.9239.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.2% kepada $ 71.11 setong semasa penulisan susulan dengan kebimbangan mengenai bekalan yang ketat. Bekalan dijangka akan kekal ketat selepas Royal Dutch Shell, pengeluar Teluk Mexico terbesar AS, menyatakan bahawa kerosakan dalam kemudahan pemindahan luar pesisirnya akan mengurangkan pengeluaran sehingga ke awal tahun depan. Selain itu, API juga melaporkan inventori minyak mentah yang lebih baik daripada jangkaan yang mengesahkan selanjutnya pengetatan dalam bekalan minyak mentah. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.16% kepada $1777.45 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah pengunduran dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                   Pasaran               Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                   Pasaran               Acara

02:00                   USD                     FOMC Economic Projections
(23hb)

02:00                   USD                     FOMC Statement
(23hb)

02:30                   USD                      FOMC Press Conference

(23hb)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – Existing Home Sales (Aug) 5.99M 5.88M
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -6.422M
02:00

(23hb)

USD – Fed Interest Rate Decision 0.25% 0.25%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 91.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 91.70.

 

Tahap rintangan: 93.70, 94.20

Tahap sokongan: 93.10, 92.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3605. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.3765.

 

Tahap rintangan: 1.3765, 1.3875

Tahap sokongan: 1.3605, 1.3460

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.1705. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.1800.

 

Tahap rintangan: 1.1800, 1.1885

Tahap sokongan: 1.1705, 1.1625

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 109.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.60, 110.20

Tahap sokongan: 109.15, 108.65

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7235. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.7335.

 

Tahap rintangan: 0.7335, 0.7415

Tahap sokongan: 0.7250, 0.7150

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6990. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 0.7075.

 

Tahap rintangan: 0.7075, 0.7145

Tahap sokongan: 0.6990, 0.6920

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2770. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2870, 1.2955

Tahap sokongan: 1.2770, 1.2685

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9240. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9310.

 

Tahap rintangan: 0.9310, 0.9375

Tahap sokongan: 0.9245, 0.9200

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 70.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 72.45.

 

Tahap rintangan: 72.45, 74.30

Tahap sokongan: 70.45, 68.05

 

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1785.80. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1753.05.

 

Tahap rintangan: 1785.80, 1806.85

Tahap sokongan: 1753.05, 1725.50