23 September 2021 Analisis Sesi Pagi
Fed memberi isyarat untuk meningkatkan kadar faedah.
Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya pada sesi dagangan Asia susulan dengan isyarat hawkish dari Federal Reserve. Seperti yang dijangkakan, Fed telah mengekalkan tetapan dasar kewangannya semasa mesyuarat polisi pada awal pagi ini. Namun, ahli Fed memberi isyarat bahawa mereka telah bersiap sedia untuk mengurangkan rangsangan yang telah diperkenalkan pada tahun lepas bagi membendung komplikasi ekonomi akibat daripada pandemik koronavirus. Di dalam kenyataan dan ramalan ekonomi, 9 daripada 18 ahli Fed menyokong untuk meningkatkan kadar faedah seawal-awalnya pada tahun depan bagi membendung peningkatan tahap inflasi di AS. Fed menjangkakan kadar inflasi untuk memuncak di paras 4.2% bagi tahun 2021, jauh lebih tinggi daripada sasaran yang telah ditetapkan iaitu 2%. Semasa sidang media, Presiden Fed Jerome Powell mengulas bahawa program pembelian bon berjumlah $120 bilion sebulan berkemungkinan untuk dikurangkan semasa mesyuarat bulan November sekiranya pasaran pekerjaan memaparkan pemulihan yang berterusan. Justeru, data Nonfarm Payrolls yang bakal dibebaskan pada awal bulan Oktober akan menjadi fokus utama bagi Fed dan para pelabur. Namun, peningkatan pada dolar AS adalah terhad selepas Fed menurunkan ramalan ekonomi bagi tahun ini. Komiti Fed menjangkakan Gross Domestic Product untuk meningkat ke paras 5.9% bagi tahun 2021, lebih rendah berbanding dengan ramalan terdahulu iaitu 7%. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.20% ke 93.46.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.05% ke $71.90 setong. Harga minyak meningkat sebanyak 2% pada semalam berikutan dengan penurunan stok minyak mentah selepas pelandaan ribut taufan Ida dan Nicholas di pantai Teluk Mexico. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.03% ke $1,767.48 se troy auns berikutan dengan dolar AS yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | CHF – SNB Interest Rate Decision | 0.75% | – | – |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Sep) | 62.6 | 61.5 | – |
| 16:30 | GBP – Composite PMI | 54.8 | – | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI | 60.3 | 59.0 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI | 55.0 | – | – |
| 19:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (Sep) | 0.10% | 0.10% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 332K | 320K | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Jul) | 4.70% | -1.70% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah melanjutkan kenaikannya susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan di 93.50.
Tahap rintangan: 93.50, 93.65
Tahap sokongan: 93.30, 93.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di 1.3655. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk menurun selepas pemecahan di 1.3610.
Tahap rintangan: 1.3655, 1.3690
Tahap sokongan: 1.3610, 1.3550

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di 1.1705. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugian ke arah 1.1675.
Tahap rintangan: 1.1705, 1.1740
Tahap sokongan: 1.1675, 1.1630

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 110.15.
Tahap rintangan: 110.15, 110.45
Tahap sokongan: 109.75, 109.40

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 0.7260. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan di 0.7220.
Tahap rintangan: 0.7260, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7220, 0.7190

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di 0.6985. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan di tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7025, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6985, 0.6945

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya dan menuju ke arah 1.2820.
Tahap rintangan: 1.2820, 1.2860
Tahap sokongan: 1.2750, 1.2700

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas pemecahan di 0.9275.
Tahap rintangan: 0.9275, 0.9325
Tahap sokongan: 0.9235, 0.9200

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di 72.00. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 72.00, 72.65
Tahap sokongan: 71.20, 70.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1756.30.
Tahap rintangan: 1774.30, 1786.60
Tahap sokongan: 1756.30, 1738.30