83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 Ogos 2017                Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Ogos 7 – 11

Kajian Pasaran (Forex): Julai 31 – Ogos 4

Dolar A.S.

Dolar A.S. melantun berbanding dengan sekumpulan mata wang utama yang lain pada hari Jumaat berikutan dengan prestasi laporan pekerjaan AS yang lebih kukuh daripada jangkaan. Jabatan buruh melaporkan bahawa ekonomi mereka telah menjana 209,000 pekerjaan pada bulan Julai sambil menewaskan ramalan untuk meningkat hanya 183,000. Begitu juga, kadar pengangguran telah mencatatkan penurunan ke 4.3% sementara purata pendapatan setiap jam meningkat di dalam jangkaan dengan 0.3%. Apabila dibandingkan dengan tahun ke tahun, kadar pertumbuhan gaji telah meningkat sebanyak 2.5% sambil menyamai peningkatan pada bulan Jun.

 

Peningkatan pada  pertumbuhan gaji menunjukkan kekukuhan dalam tekanan inflasi yang membolehkan Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedahnya secara beransur-ansuran. Selain itu, dolar menerima sokongan yang selanjutnya selepas pengarah Dewan Ekonomi Nasional White House, Gary Cohn yang menghidupkan semula harapan untuk pembaharuan cukai. Secara keseluruhannya, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.72% kepada 93.37 semasa dagangan lewat Jumaat. Untuk minggu yang lalu, ia telah menokok sebanyak 0.33% sambil mencatat penghargaan mingguan pertamanya dalam tempoh masa empat minggu.

 


 

Nonfarm Payrolls A.S.

—– Ramalan

Ekonomi A.S. telah menjana sebanyak 20,000 pekerjaan pada bulan lalu, memberi isyarat kepada pengetatan di dalam pasaran buruh.

 

 

Unemployment Rate A.S.

—– Ramalan

Kadar pengangguran telah susut sebanyak 0.1% ke 4.3% pada bulan Julai.


 

Average Hourly Earnings A.S.

—– Ramalan

Kadar pendapatan gaji sejam telah meningkat di dalam jangkaan dengan 0.3%.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY melantun sebanyak 0.6% ke 110.69, tidak jauh dari paras tinggi harian iaitu 111.04.

 

EUR/USD

Euro menurun sebanyak 0.83% ke $ 1.1770 berbanding dolar AS, susut paras tertinggi di dalam tempoh dua setengah tahun.

 

GBP/USD

Pound sterling susut sebanyak 0.73% ke $ 1.3042 semasa lewat sesi dagangan Jumaat.

 

 

Kajian Pasaran (Komoditi): Julai 31 – Ogos 4

GOLD

Harga emas menjunam pada hari Jumaat yang lalu berikutan dengan pelepasan laporan pekerjaan AS yang kukuh bagi bulan Julai dan ia telah menghidupkan semula jangkaan untuk kenaikan kadar faedah di dalam tahun ini. Harga logam tersebut diselesaikan kepada $1,258.28 sementara mengakhiri minggu lalu dengan kerugian sebanyak 0.80%. Harapan yang lebih tinggi bagi kenaikan kadar faedah pada masa depan adalah lebih cenderung untuk menekan harga emas oleh kerana ia adalah berdasarkan dengan dolar dan gagal untuk bersaing dengan aset yang memberikan hasil apabila kos pinjaman meningkat.

 

Crude Oil

Harga minyak melantun pada hari Jumaat yang lalu berikutan tanda-tanda kelembapan dalam pengeluaran syal AS. Harganya meningkat sebanyak 55 sen atau 1.1% ke $ 49.58, tidak jauh dari paras $ 50 setong. Menurut kepada penyedia perkhidmatan minyak Amerika Syarikat Baker Hughes, bilangan pelantar minyak yang aktif telah sebanyak satu ke 765 bagi minggu lalu dan ia menunjukkan tanda-tanda awal penyusutan pada pengeluaran minyak negara. Walaupun data tersebut adalah lebih optimistik, harganya masih mencatat kerugian di sekitar 13 sen atau 0.30% bagi minggu ini disebabkan oleh kenaikan pada eksport ahli OPEC yang telah mencapai paras tinggi tahunan.

 

Sejak awal tahun ini, OPEC dan beberapa ahli bukan OPEC telah bersetuju untuk mengurangkan 1.8 juta tong sehari dalam pengeluaran sehingga Mac 2018. Walau bagaimanapun, rancangan sedemikian telah memberi sedikit impak ke atas tahap inventori minyak mentah dunia akibat daripada peningkatan pengeluaran dari negara yang tidak mengambil bahagian di dalam pelan tersebut seperti Libya dan Nigeria sementara pengeluaran syal AS makin meningkat.

 

 

Baker Hughes Oil Rig Count A.S.

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah menurun sebanyak 1 dan jumlah keseluruhan kini di paras 765.

 

Pandangan Mingguan: Ogos 7 – 11

Untuk minggu ini, pelabur akan menanti pembebasan data inflasi AS pada hari Jumaat untuk memantau samada ekonomi mereka adalah kukuh bagi Fed untuk meneruskan pelan pengetatan dasar kewangan. Selain itu, ucapan oleh beberapa ahli Fed juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pelabur minyak, mereka akan memberi tumpuan kepada laporan bulanan yang bakal dibebaskan oleh Organization of the Petroleum Exporting Countries dan International Energy Agency untuk menilai paras bekalan dan permintaan minyak global. Begitu juga, beberapa ahli dan bukan ahli OPEC akan bermesyuarat pada hari Isnin dan Selasa untuk membincang isu pematuhan ke atas rancangan pemotongan pengeluaran yang telah dipersetujui bagi mendapatkan gambaran lanjut mengenai masa depan pasaran minyak mentah.

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Ogos 7 – 11

 

Isnin, Ogos 7  

Data

NZD – Inflation Expectations (QoQ)

CHF – CPI (MoM) (Jul)

GBP – Halifax House Price Index (MoM) (Jul)

 

Acara

USD – FOMC Member Bullard Speaks

USD – FOMC Member Kashkari Speaks

 

Selasa, Ogos 8  

Data

AUD – NAB Business Confidence (Jul)

CNY –Trade Balance (USD) (Jul)

CAD – Housing Starts (Jul)

USD – JOLTs Job Openings (Jul)

 

Acara

N/A

 

Rabu, Ogos 9  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

CNY – CPI (MoM) (Jul)

CNY – PPI (MoM) (Jul)

USD – Nonfarm Productivity (QoQ) (Q2)

USD – Unit Labor Costs (QoQ) (Q2)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

Khamis, Ogos 10  

Data

NZD – RBNZ Interest Rate Decision

GBP – Manufacturing Production (MoM) (Jun)

USD – Initial Jobless Claims

USD – PPI (MoM) (Jul)

CAD – New Housing Price Index (MoM) (Jun)

 

Acara

NZD – RBNZ Monetary Policy Statement

NZD – RBNZ Rate Statement

NZD – RBNZ Gov Wheeler Speaks

CrudeOIL – OPEC Monthly Report

USD – FOMC Member Dudley Speaks

 

 

Jumaat, Ogos 11

 

 

Data

EUR – German CPI (MoM) (Jul)

USD – Core CPI (MoM) (Jul)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

CrudeOIL – IEA Monthly Report

 

 

 

 

Analisis Teknikal Mingguan: Ogos 7 – 11

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah menghentikan penurunannya selepas ia menutup niaga di atas paras 93.00. Kedua-dua penunjuk Stochastic Oscillator dan MACD histogram memaparkan isyarat menaik mencadangkan indeks dolar untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan 94.00.

 

Tahap rintangan: 94.00, 94.95

Tahap sokongan: 93.00, 92.00


 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menaik menyempit. Penutupan niaga di bawah garisan 20-MA (merah) baru-baru ini mencadangkan bias menurun untuk meneruskan kerugiannya ke tahap sokongan 1.2970.

 

Tahap rintangan: 1.3100, 1.3230

Tahap sokongan: 1.2970, 1.2860

 


 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY menerima tekanan selanjutnya selepas kedua-dua garisan MA membentuk corak silang kematian. Pengunduran dari tahap rintangan kukuh di 110.85 akan mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan kerugiannya ke sasaran berikut di 110.10.

 

Tahap rintangan: 110.85, 111.85, 114.30

Tahap sokongan: 110.10, 109.40

 


 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah menghentikan kenaikannya selepas ia berundur dari paras tinggi 1.1880. Namun, kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas mencadangkan EURUSD untuk meningkat kembali dan menguji semula di tahap rintangan 1.1880.

 

Tahap rintangan: 1.1880, 1.2000

Tahap sokongan: 1.1700, 1.1550

 


 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas didagang di dalam segi tiga menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD histogram yang mula untuk membentuk negative divergence mencadangkan harga emas untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah). Sasaran tahap sokongan berikutnya berada di 1247.00.

 

Tahap rintangan: 1259.00, 1270.35

Tahap sokongan: 1247.00, 1235.00, 1217.00

 


 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh iaitu 48.50. Namun, penunjuk MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaiknya mencadangkan harga minyak mentah untuk mengalami pembetulan teknikal pada jangka pendek sebelum meneruskan aliran menaiknya pada jangka panjang.

 

Tahap rintangan: 50.00, 51.50

Tahap sokongan: 48.50, 47.00