83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

01 Oktober 2021                            Analisis Sesi Pagi

 

Dolar menyusut di tengah data pekerjaan yang negatif.

Indeks Dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah mencatat kerugiannya dengan latar belakang data pekerjaan bearish dari Amerika Syarikat semalam. Menurut kepada Department of Labor, Initial Jobless Claims A.S. telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 351K ke bacaan sebanyak 362K, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 335K. Oleh kerana data tersebut menunjukkan bacaan yang lebih buruk daripada jangkaan, yang selanjutnya menurunkan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat sambil mengurangkan kemungkinan Federal Reserve untuk mulai mengetatkan dasar monetari agresifnya dalam jangka pendek. Meskipun demikian, kerugian yang dialami oleh Dolar AS adalah terhad berikutan data KDNK yang optimis dikeluarkan. Bureau of Economic Analysis melaporkan bahawa Produk Dalam Negeri Kasar (KDNK) A.S. untuk suku terakhir meningkat dari bacaan sebelumnya sebanyak 6.6% kepada 6.7%, lebih baik daripada jangkaan pasaran pada 6.6%. Meskipun demikian, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai data ekonomi lebih lanjut serta perancangan dasar monetari masa depan untuk menjangkakan pergerakan ke atas pasangan tersebut. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.08% ke 94.30.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.44% ke $75.60 setong semasa penulisan. Pasaran minyak telah didagang dengan lebih tinggi berikutan China menegaskan bahawa mereka akan bersiap untuk membeli lebih banyak minyak dan bekalan tenaga lain untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, menurut Reuters. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.10% ke $1752.60 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                   Pasaran               Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                   Pasaran               Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
15:55 EUR – German Manufacturing PMI (Sep) 58.5 58.5
16:30 GBP – Manufacturing PMI (Sep) 56.3 56.3
17:00 EUR – CPI (YoY) (Sep) 3.00% 3.30%
20:30 CAD – GDP (MoM) (Jul) 0.70% -0.20%
22:00 USD – ISM Manufacturing PMI (Sep) 59.9 59.5

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 93.50. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 94.75.

 

Tahap rintangan: 94.75, 95.95

Tahap sokongan: 93.30, 91.80

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3515. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3515, 1.3605

Tahap sokongan: 1.3410, 1.3295

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1595. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1595, 1.1675

Tahap sokongan: 1.1525, 1.1455

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 111.55. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 111.10.

 

Tahap rintangan: 111.55, 112.15

Tahap sokongan: 111.10, 110.40

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7235. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7235, 0.7300

Tahap sokongan: 0.7170, 0.7115

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 0.6920. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6920, 0.6975

Tahap sokongan: 0.6860, 0.6815

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2690. Namun MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2690, 1.2755

Tahap sokongan: 1.2615, 1.2580

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap skongan 0.9305. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9375, 0.9440

Tahap sokongan: 0.9305, 0.9330

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 75.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 75.65, 76.90

Tahap sokongan: 74.05, 72.15

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1761.05. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1761.05, 1780.65

Tahap sokongan: 1746.00, 1725.50