1 Oktober 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar Australia meningkat susulan data ekonomi yang positif.
Dolar Australia yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah meningkat dengan latar belakang data ekonomi yang optimis. Menurut kepada Biro Statistik Australia, data Building Approvals Australia untuk bulan Ogos telah meningkat dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak -8.6% kepada 6.8%. Data tersebut menunjukkan momentum ekonomi yang lebih kuat di rantau ini berikutan dengan kenaikan dalam perbelanjaan pengguna di pasaran perumahan. Selain itu, data China Caixin Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) pada bulan September juga meningkat dengan lebih tinggi daripada bacaan sebelumnya sebanyak 49.2 kepada 50, dan juga melebihi jangkaan pasaran pada 49.5. Data ekonomi China yang meningkat menunjukkan kestabilan aktiviti pembuatan dan meningkatkan prospek permintaan dalam import bahan mentah dari Australia. Data tersebut juga membantu dalam meningkatkan sentimen pasaran terhadap dolar Australia. Sebaliknya, pasangan ini juga mendapat sokongan lebih lanjut dari data pekerjaan AS yang rendah. Data Initial Jobless Claims AS yang lebih teruk daripada jangkaan telah merosot sentimen pasaran terhadap dolar AS susulan kebimbangan mengenai masalah stagnasi. Pada masa penulisan, pasangan AUD/USD melonjak sebanyak 0.06% kepada 0.7227.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.11% kepada $75.18 setong semasa penulisan berikutan dengan prospek permintaan yang positif terhadap pasaran minyak. Menurut kepada laporan tersebut, China telah membuat pesanan besar minyak sebagai persediaan untuk musim sejuk yang akan datang demi untuk mengelakkan kekurangan tenaga. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.10% kepada $ 1753.03 se troy auns di tengah-tengah pengukuhan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Sep) | 58.5 | 58.5 | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Sep) | 56.3 | 56.3 | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (Sep) | 3.00% | 3.30% | – |
| 20:30 | CAD – GDP (MoM) (Jul) | 0.70% | -0.20% | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Sep) | 59.9 | 59.5 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 94.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 93.70.
Tahap rintangan: 94.35, 94.90
Tahap sokongan: 93.70, 93.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3435. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.3605.
Tahap rintangan: 1.3605, 1.3745
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3300

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1600. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap 1.1600.
Tahap rintangan: 1.1600, 1.1690
Tahap sokongan: 1.1515, 1.1440

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 111.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 110.75.
Tahap rintangan: 111.50, 112.15
Tahap sokongan: 110.75, 110.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7235. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7335
Tahap sokongan: 0.7150, 0.7075

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.6915. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6915, 0.6990.
Tahap sokongan: 0.6815, 0.6725

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2695. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1.2585.
Tahap rintangan: 1.2695, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2585, 1.2510

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9310. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9375, 0.9430
Tahap sokongan: 0.9310, 0.9240

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 74.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 76.40, 78.75
Tahap sokongan: 74.20, 72.45

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1749.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1785.80.
Tahap rintangan: 1785.80, 1806.85
Tahap sokongan: 1749.95, 1716.85