83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 Oktober 2021                  Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS meningkat susulan data ADP yang positif.

Dolar AS telah meneruskan kenaikannya pada hari Khamis susulan dengan pembebasan data ekonomi yang positif di AS. Bagi bulan September, ADP Nonfarm Employment Change meningkat sebanyak 568K, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 428K. Laporan tersebut memaparkan bahawa pengambilan pekerjaan di dalam sektor hospitaliti adalah masih kukuh selepas ekonomi AS memulih dari pelonggaran SOP penjarakan sosial. Susulan dengan data ADP yang positif, para pelabur memberikan jangkaan yang positif terhadap laporan Nonfarm Payrolls pada hari Jumaat ini yang boleh mendorong Federal Reserve untuk mengetatkan dasar kewangan pada bulan November nanti. Terdahulu, Pengerusi Fed Jerome Powell memberikan komen bahawa ekonomi AS telah memulih dengan lebih lanjut dari era pandemik koronavirus. Walaupun sesetengah aspek ekonomi adalah masih lemah, beliau menegaskan bahawa pasaran pekerjaan yang kukuh akan mendorong pengetatan dasar yang lebih awal di dalam tahun ini. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.01% ke 94.25.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun lebih daripada 2% pada semalam ke paras $76.85 setong. Harga minyak menerima tekanan menurun selepas EIA Crude Oil Inventories memaparkan peningkatan sebayak 2.35 juta tong, lebih tinggi daripada ramalan iaitu -0.42 juta tong. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.04% ke $1,763.29 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko dari pasaran saham UK dan EU.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:30                     EUR                       ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Initial Jobless Claims 362K 348K
22:00 CAD – Ivey PMI (Sep) 66.0

 

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk menurun dengan lebih lanjut sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 94.60, 95.00

Tahap sokongan: 94.10, 93.50

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 1.3590.

 

Tahap rintangan: 1.3590, 1.3645

Tahap sokongan: 1.3520, 1.3410

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1565, 1.1590

Tahap sokongan: 1.1535, 1.1500

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan peningkatan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian selepas pemecahan di 111.25.

 

Tahap rintangan: 111.50, 111.85

Tahap sokongan: 111.25, 111.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 0.7300.

 

Tahap rintangan: 0.7300, 0.7335

Tahap sokongan: 0.7260, 0.7190

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6915. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas pemecahan di 0.6915.

 

Tahap rintangan: 0.6915, 0.6940

Tahap sokongan: 0.6885, 0.6860

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 1.2590. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2590, 1.2650

Tahap sokongan: 1.2530, 1.2490

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9275, 0.9325

Tahap sokongan: 0.9235, 0.9200

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 76.70. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 77.40, 78.30

Tahap sokongan: 76.70, 76.00

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi. Namun, MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan di 1764.30.

 

Tahap rintangan: 1764.30, 1777.60

Tahap sokongan: 1747.90, 1732.60