13 Oktober 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar melonjak susulan dengan peningkatan hasil Perbendaharaan AS.
Indeks Dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah melanjutkan keuntungannya di tengah kenaikan hasil perbendaharaan A.S. susulan dengan para pelabur membuat spekulasi bahawa Federal Reserve A.S. akan bermula mengetatkan pembelian bon pada awal bulan depan. Hasil Perbendaharaan dua tahun AS meningkat tertinggi dalam tempoh lebih dari 18 bulan. Selain itu, harga tenaga yang melambung tinggi telah mendorong risiko stagflasi di masa depan, yang selanjutnya mengurangkan sentimen selera risiko sambil meningkatkan daya tarikan ke atas aset selamat Dolar AS. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan keuntungannya seleaps data ekonomi yang bearish telah dibebaskan dari rantau A.S. Menurut Bureau of Labor Statistiks, A.S. JOLTs Job Opening telah memberi bacaan sebanyak 10.439M, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 10.925M. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.10% ke 94.50.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.22% ke $80.45 setong semasa penulisan. Pasaran minyak telah didagang dengan lebih tinggi di tengah peserta pasar berspekulasi bahawa kekurangan kes Covid-19 di seluruh dunia akan terus meningkatkan permintaan minyak mentah di masa depan. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.03% ke $1760,65 se troy auns semasa penulisan susulan dengan peningkatan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – GDP (MoM) | 0.10% | – | – |
| 14:00 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Aug) | 0.20% | 0.10% | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Sep) | 0.10% | 0.30% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 94.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 94.40, 94.75
Tahap sokongan: 93.75, 93.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3640. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3550.
Tahap rintangan: 1.3640, 1.3735
Tahap sokongan: 1.3550, 1.3415

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2525. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1585, 1.1630
Tahap sokongan: 1.1525, 1.1455

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 112.30. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 114.00, 115.40
Tahap sokongan: 112.30, 110.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7320. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7400, 0.7475
Tahap sokongan: 0.7320, 0.7235

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6925. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6975, 0.7030
Tahap sokongan: 0.6925, 0.6860

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2455. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2575, 1.2685
Tahap sokongan: 1.2455, 1.2310

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9305. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9305, 0.9375
Tahap sokongan: 0.9230, 0.9155

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 81.85. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 79.20.
Tahap rintangan: 81.85, 83.05
Tahap sokongan: 79.20, 76.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 1768.05. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1768.05, 1780.65
Tahap sokongan: 1746.00, 1725.50