15 Oktober 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut susulan dengan data inflasi yang negatif.
Indeks Dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut dengan latar belakang data inflasi yang bearish dari Amerika Syarikat semalam. Tambahan pula, Penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun A.S. menurun pada hari Khamis susulan dengan data inflasi bearish tersebut telah mengurangkan kebimbangan bahawa Federal Reserve mungkin perlu mengetatkan dasar monetari lebih awal daripada yang dijangkakan untuk memerangi kadar inflasi yang tinggi. Menurut kepada A.S. Bureau of Labor Statistiks, A.S. Producer Price Index (PPI) untuk bulan lalu telah menyusut dari bacaan sebelumnya sebanyak 0.7% ke bacaan sebanyak 0.5%, lebih buruk daripada ramalan pasaran pada 0.6%. Walaupun begitu, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya berikutan Amerika Syarikat mengeluarkan data pekerjaannya yang optimisme. Menurut Jabatan Tenaga Kerja, Initial Jobless Claims A.S. telah menurun dari bacaan sebelumnya sebanyak 329K ke bacaan sebanyak 293K, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak 319K, yang mendorong prospek positif untuk momentum ekonomi di Amerika Syarikat. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.05% ke 94.05.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah taleh meningkat sebanyak 0.20% ke $81.80 setong semasa penulisan. Momentum keseluruhan untuk minyak mentah tetap bullish di tengah peluncuran vaksinasi yang cepat di seluruh dunia serta mengurangkan kes Covid-19 telah mencetuskan prospek positif terhadap permintaan minyak mentah di masa depan. Walaupun begitu, harga minyak mentah telah mengehadkan keuntungannya susulan selepas data inventori yang negatif dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah A.S. telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 2.346M ke bacaan sebanyak 6.088M, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 0.702M. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.04% ke $1795,40 se troy auns semasa penulisan di tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Sep) | 1.80% | 0.50% | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Sep) | 0.70% | -0.20% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 94.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 94.40, 94.75
Tahap sokongan: 93.75, 93.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3735. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3640.
Tahap rintangan: 1.3735, 1.3805
Tahap sokongan: 1.3640, 1.3550

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1575. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1630, 1.1675
Tahap sokongan: 1.1575, 1.1525

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 114.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 114.00, 115.40
Tahap sokongan: 112.30, 110.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7415. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7415, 0.7475
Tahap sokongan: 0.7320, 0.7235

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7035. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7035, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6970, 0.6925

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.2425. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untu melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2310.
Tahap rintangan: 1.2425, 1.2580
Tahap sokongan: 1.2310, 1.2170

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9215. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9305.
Tahap rintangan: 0.9305, 0.9375
Tahap sokongan: 0.9215, 0.9155

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 81.85. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 81.85, 83.05
Tahap sokongan: 79.20, 76.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1780.65. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1805.25, 1828.55
Tahap sokongan: 1780.65, 1768.05