18 Oktober 2021 Analisis Sesi Pagi
New Zealand melonjak susulan dengan jangkaan hawkish.
Dolar New Zealand telah melonjak dengan latar belakang data inflasi tinggi dari rantau New Zealand, yang mencetuskan harapan bahawa Bank Pusat New Zealand akan mulai mengetatkan dasar monetari sebelumnya untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi pada masa depan. Menurut kepada Statistik New Zealand, New Zealand Consumer Price Indeks (CPI) suku kedua telah meningkat dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 1.3% ke bacaan sebanyak 2.2%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 1.4%, bacaan suku tahunan tertinggi sejak Jun 1987. Kos berkaitan perumahan , terutamanya kadar pembinaan dan pihak berkuasa tempatan merupakan sumbangan terbesar untuk kenaikan kadar inflasi tersebut. Tekanan inflasi akan mendorong para para pelabur untuk menjangkakan bahawa Bank Pusat New Zealand mungkin akan meningkatkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan, meningkatkan daya tarik untuk Dolar New Zealand. Meskipun demikian, para pelabur akan terus memantau data-data ekonomi yang baru dan juga dasar monetari pada masa yang akan datang untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar New Zealand. Semasa penulisan, NZD / USD telah meningkat sebanyak 0.40% ke 0.7092.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.59% ke $83.05 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan para pelabur berspekulasi bahawa kekurangan kes Covid-19 serta program vaksinasi cepat di seluruh dunia akan terus meningkatkan prospek komoditi hitam tersebut. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.05% ke $1770,55 se troy auns semasa penulisan selepas Amerika Syarikat mengeluarkan data ekonomi yang positif pada hari Jumaat yang lalu.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 94.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 94.40, 95,00
Tahap sokongan: 93.75, 93.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3805. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3805, 1.3910
Tahap sokongan: 1.3670, 1.3560

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1530. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1680.
Tahap rintangan: 1.1680, 1.1815
Tahap sokongan: 1.1530, 1.1370

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 114.35. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 114.35, 115.40
Tahap sokongan: 113.45, 112.05

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7455. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7455, 0.7560
Tahap sokongan: 0.7335, 0.7220

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7110. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7110, 0.7155
Tahap sokongan: 0.7015, 0.6960

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.2440. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2440, 1.2625
Tahap sokongan: 1.2265, 1.2040

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9225. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9365, 0.9465
Tahap sokongan: 0.9225, 0.9155

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 85.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 85.15, 93.05
Tahap sokongan: 75.75, 66.75

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1792.85. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1728.05.
Tahap rintangan: 1792.85, 1831.45
Tahap sokongan: 1728.05, 1684.05
Risk Statement:
Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investmnt products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts