21 Oktober 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar menurun susulan dengan peningkatan sentimen selera risiko.
Indeks Dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut di tengah-tengah peningkatan sentimen risiko di pasaran kewangan global selepas indeks saham AS mencapai paras tinggi semalam. Para pelabur tetap optimisme terhadap pendapatan suku ketiga untuk syarikat AS. Walaupun beberapa syarikat A.S. telah menyebut masalah rantaian bekalan dan kos yang lebih tinggi sebelumnya, mereka nampaknya dapat mengekalkan margin keuntungan dengan menyampaikan kos kepada pelanggan, menurut kepada penyata kewangan. Walaupun begitu, jangkaan terhadap Bank Pusat AS untuk mulai mengetatkan dasar monetari agresif mereka telah mengehadkan kerugian yang dialami oleh Dolar AS. Pembuat dasar bersedia untuk mula mengurangkan pembelian aset bulanan $ 120 bilion mereka secepat bulan depan sekiranya sektor pasaran buruh telah memulih dengan ketara pada masa yang akan datang. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.14% ke 93.60.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.04% ke $84.25 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan data inventori bullish semalam. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah A.S. telah menurun dengan ketara daripada bacaan terdahulu sebanyak 6.088M ke bacaan sebanyak -0.431M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak 1.857M. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.03% ke $1782.25 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:00 EUR EU Leaders Summit
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 293K | 303K | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Oct) | 30.7 | 24.5 | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Sep) | 5.88M | 6.06M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 93.50. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 94.05, 94.50
Tahap sokongan: 93.50, 93.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3825. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3825, 1.3880
Tahap sokongan: 1.3755, 1.3665

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1680. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1680, 1.1875
Tahap sokongan: 1.1530, 1.1370

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 114.55. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 114.55, 115.40
Tahap sokongan: 113.45, 112.05

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7470. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7580.
Tahap rintangan: 0.7580, 0.7655
Tahap sokongan: 0.7470, 0.7335

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7155. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7240, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7155, 0.7110

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 1.2265. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2440, 1.2625
Tahap sokongan: 1.2265, 1.2040

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.9225. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9155.
Tahap rintangan: 0.9225, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9155, 0.9075

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 81.50. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 85.85.
Tahap rintangan: 85.85, 88.50
Tahap sokongan: 81.50, 78.90

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1780.80. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1793.35, 1805.85
Tahap sokongan: 1780.80, 1766.05