25 Oktober 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut selepas Bank Pusat AS memberikan penyataan dovish.
Indeks Dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menerima momentum bearish berikutan Federal Reserve melepaskan kenyataan dovish mereka pada Jumaat lalu, yang mengurangkan harapan untuk peningkatan kadar faedah dalam jangka pendek. Menurut kepada Reuters, Ketua Rizab Persekutuan Jerome Powell mendakwa pada hari Jumaat bahawa Bank Pusat A.S. akan mengurangkan program pembelian bon sebelumnya pada bulan November tetapi mengulangi bahawa masih belum waktunya untuk menaikkan kadar faedah dalam jangka pendek. Bank Pusat AS berjanji untuk mengekalkan penanda aras kadar faedah mereka pada paras hampir sifar sehingga sektor pekerjaan di A.S. mencapai kadar maksimum walaupun kadar inflasi masih kekal sederhana di atas jangkaan sebanyak 2%. Lebih separuh daripada pembuat dasar Fed membuat spekulasi bahawa kenaikan kadar faedah akan diperlukan pada tahun 2022, dengan beberapa mencadangkan ia mungkin perlu dilakukan menjelang musim panas. Walaupun begitu, untuk saat ini para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai penyata kewangan masa depan dari Fed untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.17% ke 93.60.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 1.60% ke $ 84.55 setong semasa penulisan susulan dengan prospek positif terhadap permintaan minyak mentah. A.S. Energy Information Administration (EIA) telah menunjukkan bahawa peningkatan lebih daripad 500,000 b/d dalam eksport minyak mentah AS mingguan sepanjang minggu berakhir 15 Oktober, menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi yang kukuh di seluruh dunia telah terus meningkatkan permintaan pasaran terhadap minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.53% ke $ 1792.45 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Oct) | 98.8 | 97.9 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 93.75. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 93.30.
Tahap rintangan: 93.75, 94.40
Tahap sokongan: 93.30, 92.80

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3735. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3805, 1.3880
Tahap sokongan: 1.3735, 1.3640

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1630. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1675, 1.1740
Tahap sokongan: 1.1630, 1.1575

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 113.35. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 114.70, 116.75
Tahap sokongan: 113.35, 111.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7450. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7515, 0.7590
Tahap sokongan: 0.7450, 0.7385

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7140. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7200, 0.7250
Tahap sokongan: 0.7140, 0.7080

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2310. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2425.
Tahap rintangan: 1.2425, 1.2580
Tahap sokongan: 1.2310, 1.2170

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9155. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9215, 0.9305
Tahap sokongan: 0.9155, 0.9105

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 81.25. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 86.15.
Tahap rintangan: 86.15, 89.15
Tahap sokongan: 81.25, 78.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1780.65. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1805.25, 1828.55
Tahap sokongan: 1780.65, 1768.05