25 Oktober 2021 Analisis Sesi Petang
Euro melonjak walaupun dengan data ekonomi yang lemah.
Euro yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah meningkat walaupun dengan data ekonomi yang rendah dari rantau EU. Menurut kepada Markit Economics, data Markit Composite Purchasing Managers Index (PMI) zon Euro telah jatuh daripada bacaan sebelumnya sebanyak 56.2 kepada 54.3, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 55.2. Sektor pembuatan di zon Euro telah mengalami kemerosotan disebabkan oleh kekurangan bekalan dan masalah pengangkutan yang semakin teruk. Di sektor perkhidmatan, kebimbangan terhadap koronavirus telah mengurangkan optimisme dalam industri pelancongan dan rekreasi. Walaupun begitu, pasangan mata wang ini kekal disokong susulan dengan sentimen risiko yang meningkat. Pasaran ekuiti yang melonjak telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka kepada aset berisiko. Menurut kepada Refinitiv, majoriti daripada syarikat-syarikat telah melaporkan pendapatan sesaham (EPS) yang lebih baik daripada jangkaan serta peningkatan sebanyak 33.7% keuntungan pada suku ketiga musim pendapatan. Pada masa penulisan, pasangan mata wang EUR/USD telah meningkat sebanyak 0.05% kepada 1.1661.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.78% kepada $84.65 setong semasa susulan dengan keadaan kekurangan bekalan. Menurut kepada Bloomberg, para penganilisis mendapati bahawa jumlah pelantar penggerudian minyak pada masa ini mencatatkan 30% lebih rendah berbanding dengan awal tahun 2020. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.02% kepada $ 1795.14 se troy auns susulan dengan para pelabur mengalihkan portfolio mereka kepada aset yang lebih berisiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Oct) | 98.8 | 97.9 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 93.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 93.00.
Tahap rintangan: 93.70, 94.45
Tahap sokongan: 93.00, 92.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3755. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3880.
Tahap rintangan: 1.3880, 1.4005
Tahap sokongan: 1.3755, 1.3650

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1615. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1680.
Tahap rintangan: 1.1680, 1.1760
Tahap sokongan: 1.1615, 1.1530

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 113.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 114.60.
Tahap rintangan: 114.60, 115.85
Tahap sokongan: 113.20, 112.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7485. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7485, 0.7565
Tahap sokongan: 0.7410, 0.7310

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7155. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7155, 0.7230
Tahap sokongan: 0.7080, 0.6990

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2235. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2500, 1.2620
Tahap sokongan: 1.2335, 1.2200

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.9140. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.9215.
Tahap rintangan: 0.9215, 0.9295
Tahap sokongan: 0.9140, 0.9080

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 83.80. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 88.40.
Tahap rintangan: 88.40, 92.65
Tahap sokongan: 83.80, 79.35

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1793.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1812.80.
Tahap rintangan: 1812.80, 1831.50
Tahap sokongan: 1793.30, 1769.10