28 Oktober 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar Australia meningkat berikutan dengan data ekonomi yang optimis.
Dolar Australia yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah meningkat susulan dengan data ekonomi yang optimis. Menurut kepada Biro Perangkaan Australia, data CPI Australia pada suku ketiga telah mencatatkan bacaan sebanyak 0.8%, sejajar dengan jangkaan pasaran. Di samping itu, data Trimmed Mean Consumer Price Index (CPI) Australia pada suku ketiga telah memberi bacaan sebanyak 2.1% yang melebihi jangkaan pasaran sebanyak 1.8%. Kedua-dua data inflasi tersebut mencadangkan bahawa gangguan rantaian bekalan global semasa telah mengakibatkan peningkatan dalam kos input pembinaan serta harga perumahan. Menurut seorang ahli ekonomi di Capital Economics, tekanan inflasi yang meningkat dijangka akan mendorong bank pusat Australia (RBA) untuk mengurangkan dalam beberapa bulan yang akan datang. Walau bagaimanapun, sentimen keseluruhan terhadap dolar Australia kekal suram apabila Gabenor RBA Philip Lowe menyatakan bahawa pertumbuhan gaji semasa dalam rantau ini kekal lemah dan tidak dapat mengekalkan inflasi secara stabil dalam lingkungan 2%. Pada masa penulisan, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.23% kepada 0.7501.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah merosot sebanyak 0.12% kepada $82.18 setong semasa penulisan berikutan dengan perbincangan nuklear Iran telah muncul semula. Menurut kepada laporan, perunding nuklear utama Iran menyatakan pada hari Rabu bahawa perbincangan Tehran dengan enam kuasa dunia yang bertujuan untuk memulihkan perjanjian nuklear 2015 akan disambung semula pada akhir November. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.01% kepada $1796.25 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan pengunduran dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif JPY BoJ Monetary Policy Statement
Tentatif JPY BoJ Outlook Report (YoY)
19:45 EUR ECB Interest Rate Decision (Oct)
20:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (Oct) | -30K | -20K | – |
| 19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Oct) | – | – | – |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q3) | 6.70% | 2.80% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 93.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 93.40.
Tahap rintangan: 93.85, 94.45
Tahap sokongan: 93.40, 93.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3755. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3755, 1.3880
Tahap sokongan: 1.3650, 1.3555

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1615. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1615, 1.1680
Tahap sokongan: 1.1530, 1.1455

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 113.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 114.60, 115.85
Tahap sokongan: 113.20, 112.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.7485. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7565, 0.7660
Tahap sokongan: 0.7485, 0.7410

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7155. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 0.7230.
Tahap rintangan: 0.7230, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7155, 0.7080

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2295.
Tahap rintangan: 1.2410, 1.2500
Tahap sokongan: 1.2295, 1.2200

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9215. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9140.
Tahap rintangan: 0.9215, 0.9295
Tahap sokongan: 0.9140, 0.9080

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 79.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 84.55, 88.40
Tahap sokongan: 79.35, 75.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1781.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1812.80.
Tahap rintangan: 1812.80, 1831.50
Tahap sokongan: 1781.40, 1748.55