1 November 2021 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: November 1 – Oktober 5
Reviu Pasaran (Forex): Oktober 25 – 29
US Dollar
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak dengan ketara pada minggu lepas menjelang mesyuarat dasar kewangan Fed. Indeks dolar telah menutup pasaran sesi Jumaat lepas dengan harga 94.15.
Sebelum ini, pengerusi Fed Jerome Powell dan penggubal dasar lain telah menyatakan bahawa mereka bersedia untuk mula mengurangkan pembelian bon sebanyak $120 bilion setiap bulan sebagai langkah pertama Fed untuk mengurangkan rangsangannya ke arah ekonomi. Menurut kepada minit mesyuarat Fed pada 21-22 September, majoriti daripada penggubal dasar Fed telah bersetuju untuk mengurangkan program pembelian aset mereka seawal-awalnya pada pertengahan November dan merancang untuk menamatkannya menjelang Julai 2022. Pengetatan dasar kewangan akan mengurangkan peredaran wang bagi dolar AS dalam pasaran kewangan global dan ini mendorong momentum kenaikan harga untuk dolar AS. Buat masa ini, pelabur akan terus meneliti perkembangan yang terkini berkaitan dengan keputusan dasar kewangan daripada Fed.
Namun begitu, momentum kenaikan harga dolar AS juga ditekan oleh di peningkatan dalam sentimen risiko. Pasaran ekuiti melanjutkan peningkatannya susulan dengan musim pelaporan pendapatan suku tahunan yang optimis baru-baru ini daripada syarikat teknologi di AS seperti Tesla, Nvidia, Amazon dan lain-lain. Prestasi kewangan yang lebih baik daripada jangkaan oleh syarikat terkenal telah mendorong pelabur untuk menukar portfolio mereka kepada aset yang lebih berisiko.
Dari segi data ekonomi, pengeluaran data GPD A.S yang lebih teruk daripada jangkaan telah melemahkan sentimen pasaran terhadap AS. Menurut kepada Biro Analisis Ekonomi, data GDP A.S. bagi suku lepas telah mencatatkan penurunan yang ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 6.7% kepada 2.0%, melebihi jangkaan pasaran pada 2.7%. Namun begitu, kerugian yang dialami oleh Dolar AS juga dihadkan oleh data pekerjaan yang optimis. Menurut kepada Jabatan Buruh, data Initial Jobless Claims A.S. telah memberi bacaan sebanyak 281K, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 290K.
USD/JPY
Pasangan mata wang USD/JPY telah mengalami momentum kenaikan pada minggu lepas sementara mengakhiri sesi Jumaat lalu dengan harga 114.0950. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan mata wang USD/JPY pada minggu lepas adalah disebabkan terutamanya oleh pengeluaran data ekonomi Jepun yang lemah. Menurut kepada Biro Perangkaan, data Tokyo Core CPI Jepun untuk Oktober telah memberi bacaan sebanyak 0.1%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.3%. Di samping itu, menurut kepada Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, data Industrial Production Jepun untuk bulan September telah memberi bacaan sebanyak -5.4%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak -3.2%. Kedua-dua data tersebut mencadangkan bahawa ekonomi Jepun berkembang pada kadar yang lebih perlahan disebabkan oleh kekurangan semikonduktor dan gangguan rantaian bekalan di Asia Tenggara. Selain itu, Yen Jepun melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah pendirian yang dovish daripada Bank of Japan (BoJ). Pada hari Khamis lalu, para penggubal dasar BoJ telah mengumumkan bahawa mereka tidak ada sebarang niat untuk mengurangkan dasar kewangan mereka dalam tempoh masa yang terdekat memandangkan ekonomi Jepun masih kekal lemah.
EUR/USD
Pasangan mata wang EUR/USD telah merosot pada minggu lepas sementara mengakhiri sesi minggu lalu pada harga 1.1560. Euro telah mengalami kejatuhan susulan dengan pendirian yang dovish daripada Bank Pusat Eropah (ECB). ECB telah memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya pada 0% kerana para penggubal dasar melihat inflasi yang melambung tinggi sebagai “sementara” kerana mereka menjangkakan ia akan jatuh di bawah sasaran inflasi sebanyak 2% pada tahun 2022. Namun begitu, momentum penurunan bagi Euro adalah dihadkan selepas para penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) menyebut bahawa Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) bernilai 1.85 trilion euro dijadualkan akan berakhir pada Mac 2022 untuk mengekang inflasi yang meningkat.
GBP/USD
Pasangan mata wang GBP/USD telah merosot sepanjang minggu lalu sambil menutup harganya pada 1.3690. Mata wang paun sterling telah jatuh disebabkan oleh isu Brexit. Sentimen pasaran terhadap paun sterling telah lembap berikutan dengan peningkatan ketegangan antara Perancis dan British yang berkaitan dengan hak memancing pasca Brexit. Pada hari Khamis, Britain telah mengecam tindakan Perancis dalam merampas bot British di perairan wilayah Perancis, dan memberi amaran kepada Paris terhadap tindakan balas selanjutnya pada hari Khamis dalam pertengkaran yang semakin teruk mengenai hak menangkap ikan selepas Brexit. Sebelum ini, Perancis telah mendakwa bahawa Britain enggan memberikan nelayannya jumlah lesen yang penuh untuk beroperasi di perairan wilayah British. Pada masa ini, Perancis telah memberi amaran kepada British bahawa sekatan berkemungkinan akan dikenakan jika tiada sebarang kemajuan dalam perbincangan. Para pelabur akan terus memantau perkembangan yang terkini daripada perbincangan Brexit selanjutnya.
Reviu Pasaran (Komoditi): Oktober 25 – 29
GOLD
Harga emas telah telah jatuh pada minggu lalu dan menutup pasaran dengan harga $1783.15 se troy auns di tengah-tengah jangkaan yang hawkish daripada Fed menjelang mesyuarat dasar kewangan dan mengurangkan daya tarikan emas sebagai aset selamat. Momentum keseluruhan bagi emas kekal jatuh susulan dengan para pelabur meramalkan bahawa Fed mungkin mula mengetatkan dasar kewangannya pada November untuk mengekang inflasi yang melambung tinggi didorong oleh lonjakan dalam harga komoditi. Dasar kewangan yang ketat dijangka akan mengurangkan peredaran wang dalam pasaran kewangan global dan mengurangkan risiko inflasi sambil menjejaskan daya tarikan untuk emas yang selamat.
Buat masa ini, pelabur akan terus memantau perkembangan yang terkini berkaitan dengan keputusan dasar kewangan daripada Fed serta data ekonomi yang terkini untuk menerima isyarat perdangan selanjutnya.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah menyusut sedikit pada minggu lepas semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $83.20. Harga minyak telah mengalami momentum kejatuhan susulan dengan campur tangan kerajaan China untuk menurunkan harga arang batu. Ia juga diikuti dengan campur tangan oleh kerajaan Rusia dengan memantau kemudahan penyimpanan pengeluar gasnya, Gazprom. Kedua-dua penyusutan harga arang batu dan gas asli akan menyebabkan permintaan minyak yang lebih rendah untuk kegunaannya sebagai tujuan pertukaran. Selain itu, minyak mentah melanjutkan kerugiannya atas latar belakang data inventori yang lemah. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), data inventori minyak mentah A.S telah memberi bacaan sebanyak 4.267M, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran pada 1.914M. Namun begitu, momentum penurunan harga minyak adalah dihadkan oleh bekalan global yang ketat dan permintaan bahan api yang semakin kukuh susulan dengan sekatan Covid-19 dilonggarkan di seluruh dunia.
Tinjauan Pasaran: November 1 – 5
Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti data ADP Nonfarm Employment Change dan ISM Non-Manufacturing PMI untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur. Begitu juga, para pelabur juga akan memantau perkembangan yang terkini berkaitan keputusan kadar faedah Fed.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: November 1 – 5
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 1hb November 2021 | |||||
09:45 | CNY | Caixin Manufacturing PMI (Oct) | – | 50.0 | 50.0 |
17:30 | GBP | Manufacturing PMI (Oct) | – | 57.7 | 57.7 |
23:00 | USD | ISM Manufacturing PMI (Oct) | – | 60.5 | 61.1 |
Selasa – 2hb November 2021 | |||||
07:50 | JPY | BoJ Monetary Policy Statement | – | – | – |
11:30 | AUD | RBA Interest Rate Decision (Nov) | – | 0.10% | 0.10% |
11:30 | AUD | RBA Rate Statement | – | – | – |
16:55 | EUR | German Manufacturing PMI (Oct) | – | 58.2 | 58.2 |
Rabu – 3hb November 2021 | |||||
05:45 | NZD | Employment Change (QoQ) (Q3) | – | 0.4% | 1.0% |
17:30 | GBP | Composite PMI (Oct) | – | 56.8 | 56.8 |
17:30 | GBP | Services PMI (Oct) | – | 58.0 | 58.0 |
20:15 | USD | ADP Nonfarm Employment Change (Oct) | – | 400K | 568K |
22:30 | USD | Crude Oil Inventories | – | – | 4.267M |
23:00 | USD | ISM Non-Manufacturing PMI (Oct) | – | 62.1 | 61.9 |
Khamis – 4hb November 2021 | |||||
02:00 | USD | FOMC Statement | – | – | – |
02:00 | USD | Fed Interest Rate Decision | – | – | 0.25% |
03:30 | USD | FOMC Press Conference | – | – | – |
17:30 | GBP | Construction PMI (Oct) | – | 54.0 | 52.6 |
20:00 | GBP | BoE Interest Rate Decision (Nov) | – | 0.10% | 0.10% |
20:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 275K | 281K |
Jumaat – 5hb November 2021 | |||||
20:30 | USD | Nonfarm Payrolls (Oct) | – | 413K | 194K |
20:30 | USD | Unemployment Rate (Oct) | – | 4.7% | 4.8% |
20:30 | CAD | Employment Change (Oct) | – | 50.0K | 157.1K |
22:00 | CAD | Ivey PMI (Oct) | – | – | 70.4 |