83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

2 November 2021                              Analisis Sesi Petang

 

Paun sterling jatuh walaupun data ekonomi yang positif.

Mata wang paun sterling yang didagangkan terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh walaupun dengan data ekonomi yang positif. Menurut kepada Markit, data Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) UK bagi bulan Oktober telah mencatat bacaan sebanyak 57.8, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 57.7. Menurut kepada Reuters, kebanyakan daripada kilang di UK memaparkan pertumbuhan pengeluaran yang lembap serta harga bahan mentah yang semakin meningkat berpunca daripada bekalan yang berkurangan. Markit juga mendapati bahawa harga barangan jualan yang dikenakan oleh kebanyakan kilang di UK melonjak lebih tinggi daripada puncak sejak 20 tahun yang lalu kerana para pengeluar terpaksa membiayai kos yang lebih tinggi untuk bahan mentah yang diperlukan. Walaubagaimanapun, paun sterling melanjutkan kerugiannya berikutan dengan perkembangan yang terkini dalam isu Brexit. Menurut kepada Reuters, ketegangan di antara Perancis dan British yang berkaitan dengan hak memancing pasca Brexit berlanjutan setelah kedua-dua pihak enggan berundur daripada pertikaian tersebut. Kedua-dua pihak telah memberi amaran bahawa mereka akan mengenakan sekatan terhadap satu sama lain sekiranya isu tersebut masih berterusan. Untuk masa ini, ketidaktentuan yang tinggi dalam perkembangan Brexit ini telah menjejaskan optimisme pasaran terhadap paun sterling. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD telah jatuh sebanyak 0.08% kepada 1.3650.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.01% kepada $84.15 setong semasa penulisan berikutan dengan prospek permintaan yang positif. Menurut kepada laporan, OPEC dan ahlinya meramalkan bahawa permintaan di 2021 akan melonjak lebih tinggi daripada ramalan daripada International Energy Agency (IEA). Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.02% kepada $1790.50 se troy auns di tengah-tengah dolar AS yang lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

11:30                      AUD                      RBA Rate Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
11:30 AUD – RBA Interest Rate Decision (Nov) 0.10% 0.10%
16:55 EUR – German Manufacturing PMI (Oct) 58.2 58.2

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 93.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 94.45, 95.20

Tahap sokongan: 93.85, 93.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3650. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3735, 1.3815

Tahap sokongan: 1.3650, 1.3550

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.1615. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1615, 1.1680

Tahap sokongan: 1.1535, 1.1455

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 114.60. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 113.20.

 

Tahap rintangan: 114.60, 115.85

Tahap sokongan: 113.20, 112.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 0.7455.

 

Tahap rintangan: 0.7550, 0.7660

Tahap sokongan: 0.7455, 0.7385

 

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.7155. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7230, 0.7300

Tahap sokongan: 0.7155, 0.7080

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.2410. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2410, 1.2500

Tahap sokongan: 1.2295, 1.2200

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9060. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9140.

 

Tahap rintangan: 0.9140, 0.9215

Tahap sokongan: 0.9060, 0.8990

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 84.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 84.75, 88.40

Tahap sokongan: 81.20, 79.10

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1779.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1808.30.

 

Tahap rintangan: 1808.30, 1831.50

Tahap sokongan: 1779.95, 1748.55