03 November 2021 Analisis Sesi Pagi
Euro menyusut berikutan dengan data negatif.
Euro telah menyusut berikutan data ekonomi bearish dari rantau Eropah semalam. Menurut kepada Markit Economics, Jerman Manufacturing Purchasing Managers Indek (PMI) telah menurun dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 58.4 ke bacaan sebanyak 57.8, lebih buruk daripada ramalan pasaran sebanyak 58.2. Gangguan bekalan berterusan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19, bersama-sama dengan peningkatan ketegangan di antara Kesatuan Eropah dan UK susulan dengan isu Brexit, telah menyebabkan isu kekurangan bekalan dan menyebabkan kilang bergelut untuk mendapatkan bahan mentah yang mereka perlukan. Ahli ekonomi menjangkakan bahawa kekurangan input dan isu pengangkutan akan terus menjejaskan sektor pembuatan di rantau Eropah dan kekal untuk masa hadapan. Isu rantaian bekalan dan juga peningkatan inflasi akan terus mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Eropah, yang selanjutnya mencetuskan penjualan yang ketara ke atas Euro. Namun begitu, Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde mengakui bahawa ECB berkemungkinan akan mengumumkan kenaikan kadar faedah ECB sejurus tahun depan sekiranya inflasi berterusan untuk menstabilkan ekonomi. Semasa penulisan, EUR/USD telah menyusut sebanyak 0.01% ke 1.1575.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.18% ke $83.15 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak telah didagang dengan lebih rendah berikutan data inventori bearish dibebaskan. Menurut kepada Amerikan Petroleum Institusi (API), Stok Minyak Mentah Mingguan API A.S. telah memberi bacaan sebanyak 3.594M, melebihi ramalan pasaran sebanyak 1.567M. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.05% ke $1786.85 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah para pelabur menjangkakan bahawa Rizab Persekutuan mungkin akan mengetatkan dasar moentari semasa mesyuarat FOMC minggu ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:30 AUD RBA Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Composite PMI (Oct) | 56.8 | 56.8 | – |
| 17:30 | GBP – Services PMI (Oct) | 58 | 58 | – |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Oct) | 568K | 400K | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 4.267M | – | – |
| 23:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Oct) | 61.9 | 62.1 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 94.05. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 94.05, 94.50
Tahap sokongan: 93.40, 93.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.3650. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3650, 1.3730
Tahap sokongan: 1.3580, 1.3530

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1530. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1680, 1.1875
Tahap sokongan: 1.1530, 1.1370

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 113.45. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 114.55.
Tahap rintangan: 114.55, 115.40
Tahap sokongan: 113.45, 112.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7435. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7530, 0.7595
Tahap sokongan: 0.7435, 0.7380

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7110. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7155, 0.7240
Tahap sokongan: 0.7110, 0.7015

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 1.2440. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2440, 1.2525
Tahap sokongan: 1.2295, 1.2170

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9155. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9155, 0.9225
Tahap sokongan: 0.9075, 0.9005

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 82.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 84.35, 85.85
Tahap sokongan: 82.75, 80.95

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1787.55. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1798.25, 1808.90
Tahap sokongan: 1787.55, 1778.15
Risk Statement:
Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investmnt products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts