3 November 2021 Analisis Sesi Petang
Swiss Franc jatuh walaupun data ekonomi yang positif.
Swiss Franc telah didagang dengan lebih rendah terhadap dolar AS walaupun data ekonomi yang positif. Menurut kepada Federal Statistical Office, data Retail Sales Switzerland meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.8% kepada 2.5%. Tambahan pula, data Consumer Price Index (CPI) Switzerland meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.2% kepada 0.3%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.1%. Tekanan inflasi yang semakin meningkat adalah disokong oleh kenaikan harga minyak dan gas. Perbelanjaan pengguna di Switzerland yang tinggi juga mencetuskan peningkatan tekanan inflasi tersebut. Selain itu, pasangan USD/CHF melanjutkan keuntungannya menjelang pengumuman keputusan kadar faedah daripada Fed. Tekanan inflasi di AS akibat daripada bekalan yang berkurangan baru-baru ini telah mendorong kepada spekulasi pasaran bahawa Fed akan mengetatkan dasar kewangannya pada hari esok. Untuk masa ini, para pelabur akan menerusi pemantauan mereka terhadap pengumuman baru daripada Fed dan data ekonomi untuk menilai arah aliran dolar AS. Semasa penulisan, pasangan USD/CHF telah meningkat sebanyak 0.08% kepada 0.9140.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.74% kepada $82.40 setong semasa penulisan berikutan dengan pembekalan minyak yang semakin meningkat. Menurut kepada Chief Financial Officer Murray Auchinclos, BP bersedia untuk meningkatkan pelaburannya dalam syal minyak AS daripada $1 bilion kepada $1.5 bilion pada tahun 2022. Sebaliknya, harga emas menurun sebanyak 0.46% kepada $1780.10 se troy auns di tengah-tengah pengukuhan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:15 EUR ECB President Lagarde Speaks
02:00 (4hb) USD FOMC Statement
03:30 USD FOMC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Composite PMI (Oct) | 56.8 | 56.8 | – |
| 17:30 | GBP – Services PMI (Oct) | 58 | 58 | – |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Oct) | 568K | 400K | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Oct) | 61.9 | 62.0 | |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 4.267M | – | – |
| 02:00 | USD – Fed Interest Rate Decision | 0.25% | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 93.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 94.45.
Tahap rintangan: 94.45, 95.20
Tahap sokongan: 93.85, 93.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.3650. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal selepas ia memecah kembali ke atas tahap tersebut.
Tahap rintangan: 1.3650, 1.3735
Tahap sokongan: 1.3450, 1.3420

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1615. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.1535.
Tahap rintangan: 1.1615, 1.1680
Tahap sokongan: 1.1535, 1.1455

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 114.60. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 113.20.
Tahap rintangan: 114.60, 115.85
Tahap sokongan: 113.20, 112.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.7455. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7385.
Tahap rintangan: 0.7455, 0.7550
Tahap sokongan: 0.7385, 0.7310

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.7080. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7080.
Tahap rintangan: 0.7155, 0.7230
Tahap sokongan: 0.7080, 0.6990

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2410. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2410, 1.2500
Tahap sokongan: 1.2295, 1.2200

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9145. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9145, 0.9215
Tahap sokongan: 0.9060, 0.8990

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 81.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 84.75, 88.40
Tahap sokongan: 81.20, 79.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1779.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1808.30, 1831.50
Tahap sokongan: 1779.95, 1748.55