83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 November 2021                              Analisis Sesi Petang

 

Sentimen penghindaran risiko mengekalkan dolar Australia turun.

Dolar Australia telah didagang dengan lebih rendah terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko. Menurut kepada Reuters, anak syarikat China Evergrande, Scenery Journey dilaporkan gagal untuk membayar balik bayaran kupon separuh tahunan yang perlu dibayar pada Sabtu lalu berjumlah $82.49 juta. Lebih-lebih lagi, China Evergrande menghadapi satu lagi pembayaran kupon akan datang yang akan tamat pada hari Rabu ini kerana pembayaran telah dibayar pada bulan Oktober. Kebimbangan terhadap risiko melimpah ke atas pasaran kewangan terus menghalang keyakinan pasaran justeru mendorong pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka kepada aset selamat. Namun begitu, momentum kejatuhan AUD/USD adalah terhad berikutan dengan aktiviti perindustrian China yang semakin meningkat. Aktiviti perindustrian di China telah memulih di bawah campur tangan besar kerajaan China kerana beberapa isu kekurangan bekalan telah mula menyusut dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Pengembangan dalam sektor perindustrian China dijangka akan meningkatkan permintaan bekalan bahan mentah dari Australia. Pada masa penulisan, pasangan AUD/USD telah merosot sebanyak 0.42% kepada 0.7395.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.55% kepada $81.82 setong semasa penulisan di tengah-tengah bekalan minyak yang terhad. Walaupun OPEC membuat keputusan untuk menambah bekalan minyaknya, tetapi beberapa ahlinya tidak dapat meningkatkan pengeluaran minyak mereka seperti yang dirancang kerana infrastruktur dan kapasiti yang terhad. Ia boleh mengakibatkan kekurangan minyak global yang berpotensi menyebabkan harga minyak untuk meningkat dengan lebih tinggi. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.09% kepada $1822.00 se troy auns di tengah-tengah kelemahan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
18:00 EUR – German ZEW Economic Sentiment (Nov) 22.3 20
21:30 USD – PPI (MoM) (Oct) 0.50% 0.60%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 93.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 94.45, 95.20

Tahap sokongan: 93.85, 93.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3545. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3650.

 

Tahap rintangan: 1.3650, 1.3735

Tahap sokongan: 1.3545, 1.3420

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1535. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1615.

 

Tahap rintangan: 1.1615, 1.1685

Tahap sokongan: 1.1535, 1.1455

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 113.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan in untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 112.00.

 

Tahap rintangan: 114.20, 114.60

Tahap sokongan: 112.00, 110.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.7385. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7455, 0.7550

Tahap sokongan: 0.7385, 0.7310

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7145. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7230, 0.7300

Tahap sokongan: 0.7145, 0.7080

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan rata dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.2410.

 

Tahap rintangan: 1.2500, 1.2620

Tahap sokongan: 1.2410, 1.2295

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9145. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9060.

 

Tahap rintangan: 0.9145, 0.9215

Tahap sokongan: 0.9060, 0.8990

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 81.65. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini unutk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 84.75, 88.40

Tahap sokongan: 81.65, 79.10

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1831.50. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1805.60.

 

Tahap rintangan: 1831.50, 1857.75

Tahap sokongan: 1805.60, 1779.00