11 November 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar melonjak di tengah-tengah spekulasi kenaikan kadar faedah.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak dengan ketara berikutan A.S. Consumer Price Indeks meningkat kepada kadar tertinggi sejak 1990, menimbulkan harapan untuk Rizab Persekutuan meningkatkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan untuk memerangi riski inflasi. Menurut kepada Bureau of Labor Statistik, A.S. Core Consumer Price Indeks (CPI ) telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 0.2% ke bacaan sebanyak 0.6%, melebihi ramalan pasaran pada 0.4%. Walaupun Rizab Persekutuan minggu lepas menyatakan semula kepercayaannya bahawa kenaikan inflasi semasa hanya akan sementara, ramai para pelabur masih bimbang bahawa memandang rendah kenaikan inflasi boleh meningkatkan kos untuk perkembangan ekonomi bagi jangka panjang. Pengetatan dasar monetari serta peningkatan kadar faedah akan mengurangkan peredaran wang dalam pasaran kewangan, yang meningkatkan daya tarikan ke atas Dolar AS. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan data pekerjaan yang negatif. Jabatan Buruh melaporkan bahawa Initial Jobless Claims A.S. telah memberi bacaan sebanyak 267K, lebih buruk daripada ramalan pasaran sebanyak 265K. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 1.01% ke 94.90.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 3.87% ke $81.50 setong semasa penulisan di tengah-tengah pembetulan teknikal selepas ia mencapai paras tertinggi baru-baru ini. Walau bagaimanapun, kerugian yang dialami oleh minyak mentah adalah terhad selepas data inventori yang bullish telah dibebaskan. Inventori Minyak Mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak 1.001M, lebih rendah daripada ramalan pasaran pada 2.125M, menurut kepada Energy Information Administration (EIA). Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 1.05% ke $1851.10 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah risiko inflasi yang tinggi pada masa hadapan terus meningkatkan daya tarikan untuk emas selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 10:00 | CNY – Industrial Production (YoY) (Oct) | 3.10% | 3.10% | – |
| 15:00 | GBP – GDP (YoY) (Q3) | 23.60% | 6.80% | – |
| 15:00 | GBP – GDP (QoQ) (Q3) | 5.50% | 1.50% | – |
| 15:00 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Sep) | 0.50% | 0.10% |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 94.50. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 95.15.
Tahap rintangan: 95.15, 95.60
Tahap sokongan: 94.50, 93.80

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3405. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3615, 1.3815
Tahap sokongan: 1.3405, 1.3305

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1530. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1370.
Tahap rintangan: 1.1530, 1.1680
Tahap sokongan: 1.1370, 1.1220

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 113.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 114.55.
Tahap rintangan: 114.55, 115.40
Tahap sokongan: 113.40, 112.80

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7305. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7380, 0.7435
Tahap sokongan: 0.7305, 0.7220

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7055. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7110, 0.7165
Tahap sokongan: 0.7055, 0.6995

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2465. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2525.
Tahap rintangan: 1.2525, 1.2590
Tahap sokongan: 1.2465, 1.2400

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan 0.9155. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9225.
Tahap rintangan: 0.9225, 0.9305
Tahap sokongan: 0.9155, 0.9075

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 81.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 83.30, 85.85
Tahap sokongan: 81.25, 79.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1855.00. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1855.00, 1870.40
Tahap sokongan: 1830.65, 1809.10
Risk Statement:
Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investmnt products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts