83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 November 2021                            Analisis Sesi Petang

 

USD/JPY melonjak di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko.

Yen Jepun yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah jatuh berikutan dengan sentimen penghindaran risiko dan dolar AS yang lebih kukuh. Data Core Consumer Price Index AS baru-baru ini yang lebih baik daripada jangkaan mencadangkan tekanan inflasi yang melambung tinggi sambil mendorong spekulasi pasaran bahawa Fed akan meningkatkan kadar pinjamannya lebih awal daripada jangkaan. Sebaliknya, menurut kepada bank pusat Jepun (BoJ), data Produce Price Index (PPI) Jepun telah memberi bacaan sebanyak 1.2%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 0.4%. Data tersebut mencadangkan kenaikan kos harga input, ditambah dengan kuasa pembelian Yen Jepun yang lebih lemah telah menjejaskan harga barangan import dan menghalang pertumbuhan ekonomi keseluruhan di rantau ini. Selain itu, Yen Jepun juga melanjutkan kerugiannya berikutan dengan pendirian dovish daripada bank pusat Jepun (BoJ). Menurut ke[ada Reuters, Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda menyebut bahawa bank pusat menetapkan untuk mengekalkan dasar kewangan akomodatifnya dengan tidak berubah sehingga inflasi mencapai sasaran 2% yang sukar difahami. Dasar kewangan yang akomodatif akan meningkatkan peredaran wang Yen Jepun dalam pasaran kewangan seterusnya akan meningkatkan pasangan USD/JPY. Semasa penulisan, pasangan mata wang USD/JPY melonjak sebanyak 0.27% kepada 114.055.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.06% kepada $81.45 setong semasa penulisan di tengah-tengah prospek permintaan minyak yang lebih lemah. Menurut kepada laporan, OPEC mengurangkan unjuran permintaan minyaknya pada suku keempat tahun 2021 susulan ia menjangkakan tekanan inflasi yang melambung tinggi boleh memperlahankan pemulihan ekonomi di negara pengimport minyak besar seperti China dan India. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.11% kepada $1862.15 se troy auns di tengah-tengah peningkatan risiko inflasi yang meningkatkan permintaan untuk komoditi itu sebagai perlindungan nilai inflasi.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
23:00 USD – JOLTs Job Openings (Sep) 10.439M 10.300M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 95.20. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 94.45.

 

Tahap rintangan: 95.20, 95.75

Tahap sokongan: 94.45, 93.85

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.3425. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek kembali ke arah tahap 1.3425.

 

Tahap rintangan: 1.3425, 1.3545

Tahap sokongan: 1.3300, 1.3160

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1455. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1355.

 

Tahap rintangan: 1.1455, 1.1535

Tahap sokongan: 1.1355, 1.1200

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 114.60.

 

Tahap rintangan: 114.60, 115.85

Tahap sokongan: 113.20, 112.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.7320. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7220.

 

Tahap rintangan: 0.7320, 0.7385

Tahap sokongan: 0.7220, 0.7105

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6985. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7075, 0.7145

Tahap sokongan: 0.6985, 0.6910

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.2620. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2620, 1.2765

Tahap sokongan: 1.2515, 1.2410

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.9205. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9295.

 

Tahap rintangan: 0.9295, 0.9370

Tahap sokongan: 0.9205, 0.9145

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 81.10. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 84.75.

 

Tahap rintangan: 84.75, 88.40

Tahap sokongan: 81.30, 78.80

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1867.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1831.50.

 

Tahap rintangan: 1867.50, 1898.40

Tahap sokongan: 1831.50, 1805.60