18 November 2021 Analisis Sesi Pagi
Tekanan inflasi yang tinggi menjejaskan Euro.
Euro menyusut kerana ekonomi terjejas akibat daripada tekanan inflasi yang lebih tinggi. Menurut kepada Eurostat, data Consumer Price Index (CPI) Eropah mencatat bacaan di dalam jangkaan, iaitu sebanyak 4.1%. Eurostat menekankan bahawa peningkatan inflasi adalah berpunca daripada kenaikan harga sumber tenaga. Namun begitu, inflasi yang melambung tinggi gagal mendorong para penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengetatkan dasar monetarinya bagi menangani kenaikan harga barangan yang akan melemahkan kuasa pembelian isi rumah. Menurut kepada Presiden ECB Christine Lagarde, beliau enggan mengetatkan dasar monetarinya kerana ia akan menjejaskan pemulihan ekonomi pasca-pandemik di Eropah. Selain itu, pasangan EUR/USD melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah data ekonomi yang positif baru-baru ini daripada AS. Data peruncitan AS yang lebih baik daripada jangkaan telah meningkat spekulasi pasaran bahawa Fed akan menaikkan kadar faedahnya lebih awal. Semasa penulisan, EUR/USD menurun sebanyak 0.05% kepada 1.1318.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.16% kepada $77.61 setong semasa penulisan berikutan dengan prospek permintaan yang negatif. Harga minyak melanjutkan kerugiannya setelah OPEC dan Agensi Tenaga Antarabangsa memberi amaran bahawa bekalan minyak berlebihan akan berlaku, serta peningkatan kes koronavirus di Eropah dijangka akan meningkatkan risiko terhadap pemulihan permintaan minyak. Sebaliknya, harga emas menurun sebanyak 0.01% kepada $1867.15 se troy auns di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 267K | 260K | – |
| 21:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Nov) | 23.8 | 24.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 93.85. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harganya untuk meningkat selepas ia memecahkan 95.90.
Tahap rintangan: 95.90, 97.00
Tahap sokongan: 94.90, 93.85

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 1.3470. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3540, 1.3595
Tahap sokongan: 1.3470, 1.3410

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 1.1285. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1365, 1.1440
Tahap sokongan: 1.1285, 1.1210

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 114.90. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 114.25, 114.90
Tahap sokongan: 113.60, 112.80

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 0.7260. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7320, 0.7365
Tahap sokongan: 0.7260, 0.7220

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7030, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6990, 0.6940

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 1.2590. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2660, 1.2725
Tahap sokongan: 1.2590, 1.2535

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 0.9325. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9295, 0.9325
Tahap sokongan: 0.89260, 0.9230

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 78.35. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 78.35, 80.80
Tahap sokongan: 76.35, 74.35

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 1847.00. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1873.85, 1887.50
Tahap sokongan: 1863.30, 1847.00