83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 November 2021                            Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS yang kukuh mengakibatkan penurunan Paun Sterling.

Paun Sterling menyusut berikutan dengan dolar AS yang kukuh. Sebelum ini, data peruncitan AS yang lebih baik daripada jangkaan telah memacu prospek yang positif terhadap dolar AS kerana para pelabur berspekulasi tinggi bahawa Fed akan memulakan kenaikan kadar faedahnya lebih awal. Sebaliknya, menurut kepada Office for National Statistics, data Retail Sales UK bagi bulan Oktober mencatat bacaan sebanyak 0.8%, lebih tinggi daripada ramalan sebanyak 0.5%. Menurut kepada TheEdgeMarkets, data peruncitan British yang tinggi adalah didorong oleh aktiviti penjualan secara lelong dan pembelian pakaian baharu untuk cuti Hari Krismas. Setakat ini, inflasi di British telah meningkat kepada paras tertinggi semenjak 10 tahun ini manakala data pekerjaan tidak menunjukkan pengangguran yang tinggi semenjak penamatan skim bantuan pengangguran. Para pelabur akan meneruskan pemantauan mereka terhadap data pekerjaan UK akan datang kerana peningkatan gaji keseluruhan selepas penamatan skim percutian adalah syarat utama bagi BoE untuk memulakan pengetatan dasar monetarinya. Semasa penulisan, GBP/USD menurun sebanyak 0.08% kepada 1.3430.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.56% kepada $75.32 setong semasa penulisan berikutan dengan prospek permintaan yang negatif. Harga minyak antarabangsa menurun susulan dengan kebimbangan terhadap permintaan minyak yang bakal merosot akibat daripada peningkatan semula kes koronavirus di Eropah. Ia juga mengakibatkan para peruncit domestik untuk mengurangkan harga jualan minyaknya. Sebaliknya, harga emas menurun sebanyak 0.14% kepada $1843.60 se troy auns di tengah-tengah dolar AS yang kukuh.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Composite PMI (Oct) 54.1 54.1
23:00 USD – Existing Home Sales (Oct) 6.29M 6.20M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 95.75. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 96.15, 96.50

Tahap sokongan: 95.75, 95.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 1.3470. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan penurunnnya bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3470, 1.3540

Tahap sokongan: 1.3410, 1.3360

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 1.1285. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1285, 1.1370

Tahap sokongan: 1.1210, 1.1140

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 114.25, 114.90

Tahap sokongan: 113.60, 112.80

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.7260. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.7220 .

 

Tahap rintangan: 0.7260, 0.7320

Tahap sokongan: 0.7220, 0.7170

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.7030. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.6985

 

Tahap rintangan: 0.7030, 0.7070

Tahap sokongan: 0.6985, 0.6935

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2660, 1.2725

Tahap sokongan: 1.2590, 1.2535

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan di 0.9295

 

Tahap rintangan: 0.9295, 0.9325

Tahap sokongan: 0.9260, 0.9230

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 76.35. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 76.35, 78.35

Tahap sokongan: 74.35, 71.90

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1847.00, 1863.30

Tahap sokongan: 1835.75, 1813.50