83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 November 2021                            Analisis Sesi Petang

 

Euro melanjutkan kerugian susulan peningkatan kebimbangan Covid, ECB yang dovish.

Mata wang Euro yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap peningkatan dalam jangkitan Covid-19 di Eropah. Mengikuti perkembangan terkini, Eropah sekali lagi menjadi pusat wabak tersebut di mana ia menyumbang separuh daripada kes global dan kematian. Disebabkan kes yang semakin meningkat, Austria menjadi negara pertama di Eropah Barat yang melaksanakan semula sekatan penuh COVID-19 mulai Isnin. Selain itu, Jerman juga menghadapi rekod kes COVID-19 di mana negara itu melaporkan 331,944 kes pada minggu lalu. Gelombang jangkitan keempat telah menyebabkan Jerman ke dalam kecemasan nasional di mana Menteri Kesihatan Jens Spahn memberi amaran bahawa vaksinasi sahaja tidak akan mengurangkan bilangan kes. Peningkatan kes koronavirus di Jerman telah mendorong kerajaan pusat untuk melarang individu yang belum menerima sebarang vaksin ke tempat awam. Tambahan pula, komen dovish daripada presiden ECB Christine Lagarde juga mencetuskan tekanan yang lebih lanjut untuk pasangan ini. Presiden ECB Christine Lagarde menekankan bahawa keadaan ekonomi semasa masih tidak mencukupi untuk  bank pusat mempertimbangkan pelan untuk meningkatkan kadar faedah. Pada masa penulisan, EUR/USD jatuh sebanyak 0.19% kepada 1.1266.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah jatuh sebanyak 0.10% kepada $75.65 semasa penulisan di tengah-tengah kebimbangan terhadap kelemahan dalam permintaan serta peningkatan dalam bekalan. Menurut kepada Kyodo News, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida menyatakan bahawa mereka mempertimbangkan untuk melepaskan minyak daripada rizab mereka untuk mengekang kenaikan harga minyak. Selain itu, sekatan pergerakan yang diumumkan oleh Kesatuan Eropah turut menjejaskan prospek permintaan minyak mentah. Sebaliknya, harga emas juga jatuh sebanyak 0.09% kepada 1845.95 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kekuatan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

16:30                     EUR                      ECB President Lagarde Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Composite PMI (Oct) 54.1 54.1
23:00 USD – Existing Home Sales (Oct) 6.29M 6.20M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 96.25. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.25, 96.90

Tahap sokongan: 95.50, 94.90

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3430. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3555, 1.3650

Tahap sokongan: 1.3430, 1.3315

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1265. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1375, 1.1455

Tahap sokongan: 1.1265, 1.1200

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 114.60.

 

Tahap rintangan: 114.60, 115.85

Tahap sokongan: 113.20, 112.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.7260. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap 0.7260.

 

Tahap rintangan: 0.7260, 0.7365

Tahap sokongan: 0.7175, 0.7105

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6980. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7075, 0.7145

Tahap sokongan: 0.6980, 0.6910

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 1.2625. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2765, 1.2865

Tahap sokongan: 1.2625, 1.2505

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9300. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9300, 0.9370

Tahap sokongan: 0.9225, 0.9145

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 76.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 73.40.

 

Tahap rintangan: 76.50, 80.55

Tahap sokongan: 73.40, 70.00

 

GOLD_, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1867.50 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1831.50.

 

Tahap rintangan: 1867.50, 1900.05

Tahap sokongan: 1831.50, 1805.60