23 November 2021 Analisis Sesi Petang
Euro jatuh di tengah-tengah ketakutan Covid.
Mata wang Euro yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain kekal ditekan dan menjunam susulan dengan wabak terus bertambah teruk di zon Euro terutamanya di Jerman. Berdsasarkan dengan data terkini daripada agensi kesihatan Robert Koch, Jerman menambah 30,643 kes lagi pada hari Isnin. Menurut kepada laporan dari Reuters, Canselor Jerman Angela Merkel menyatakan bahawa situasi koronavirus di Jerman adalah lebih teruk daripada apa yang mereka lihat setakat ini. Beliau menambah bahawa sekatan yang lebih ketat adalah diperlukan. Langkah tersebut boleh menambah lebih banyak sebab untuk ECB kekal dovish dan terus melonggarkan dasar kewangan untuk menyokong ekonomi. Beberapa ahli telah menyeru program PEPP QE untuk dilanjutkan pada bulan Mac, memandangkan fasa kecemasan wabak masih belum lagi berakhir. Pada masa penulisan, EUR/USD jatuh sebanyak 0.06% kepada 1.1235.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun sebanyak 0.07% kepada $76.29 setong semasa penulisan berikutan dengan laporan mengenai OPEC boleh mengubah rancangan pengeluaran. Menurut kepada laporan daripada Bloomberg, OPEC+ menyesuaikan rancangan untuk meningkatkan pengeluaran minyak sekiranya negara pengguna yang besar mengeluarkan minyak mentah daripada rizab mereka atau jika wabak koronavirus melembapkan permintaan. Sebaliknya, harga emas jatuh sebanyak 0.16% kepada $1808.96 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kekuatan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day JPY Public Holiday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:30 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q3) | 1.90% | 2.2% | – |
| 16:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Nov) | 57.8 | 56.9 | – |
| 17:30 | GBP – Composite PMI (Oct) | 54.1 | 54.1 | – |
| 17:30 | GBP – Manufacturing PMI (Oct) | 56.3 | 56.3 | – |
| 17:30 | GBP – Services PMI (Oct) | 54.6 | 54.6 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 96.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 96.90.
Tahap rintangan: 96.90, 97.55
Tahap sokongan: 96.25, 95.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.3430. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3315.
Tahap rintangan: 1.3430, 1.3555
Tahap sokongan: 1.3315, 1.3185

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1275. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1170.
Tahap rintangan: 1.1275, 1.1375
Tahap sokongan: 1.1170, 1.1010

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 114.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 115.85.
Tahap rintangan: 115.85, 116.95
Tahap sokongan: 114.60, 113.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7260. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7175.
Tahap rintangan: 0.7260, 0.7365
Tahap sokongan: 0.7175, 0.7105

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6910. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6980, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6910, 0.6815

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2625. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2765.
Tahap rintangan: 1.2765, 1.2865
Tahap sokongan: 1.2625, 1.2505

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.9300. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9370.
Tahap rintangan: 0.9370, 0.9455
Tahap sokongan: 0.9300, 0.9225

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 76.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 80.55.
Tahap rintangan: 76.50, 80.55
Tahap sokongan: 73.40, 70.00

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1805.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1831.50, 1867.50
Tahap sokongan: 1805.60, 1779.00