25 November 2021 Analisis Sesi Petang
Pound sterling kekal lemah berikutan dengan isu Brexit.
Mata wang paun sterling yang didagangkan terhadap dolar dan pasangan mata wang lain kekal ditekan dan jatuh susulan dengan kemajuan yang tidak mencukupi dalam perbincangan Brexit terus menggoncang pasaran. Menurut kepada laporan dari Politico, perbincangan Brexit kini terhenti dan tidak mencapai sebarang kemajuan. Perunding Brexit Suruhanjaya Eropah Maros Sefcovic meluahkan kekecewaannya dan menyatakan bahawa beliau mungkin “terlalu bercita-cita tinggi” mengenai perbincangan yang boleh diselesaikan sebelum Krismas. Sefcovic menegaskan bahawa beliau berharap UK dan EU masih boleh membuat ‘kemajuan yang menentukan minggu ini’ dalam isu perdagangan ubat-ubatan antara Great Britain dan Ireland Utara dan boleh ‘menjana momentum positif’ untuk baki perbincangan. Kekurangan kemajuan yang positif dalam rundingan Brexit memburukkan lagi sentimen pelabur terhadap paun sterling dan mengheret nilainya dengan lebih rendah. Pada masa penulisan, GBP/USD jatuh sebanyak 0.06% kepada 1.3345.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.03% kepada $78.47 setong semasa penulisan selepas OPEC menyatakan bahawa pengeluaran rizab yang dirancang mungkin akan mengurangkan lebihan mentah yang dijangkakan pada awal tahun depan. Menurut kepada laporan, beberapa perwakilan kartel telah memberi amaran minggu ini bahawa pengeluaran rizab strategik mungkin akan menyebabkan perikatan untuk menahan bekalan minyak mentah pada Januari. Sebaliknya, harga emas melantun semula sebanyak 0.23% kepada $1792.82 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan pengunduran dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day USD Thanksgiving Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
21:30 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q3) | 1.90% | 2.20% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 96.80. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 96.15.
Tahap rintangan: 96.80, 97.55
Tahap sokongan: 96.15, 95.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3315. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3430.
Tahap rintangan: 1.3430, 1.3550
Tahap sokongan: 1.3315, 1.3195

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3315. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3430.
Tahap rintangan: 1.3430, 1.3555
Tahap sokongan: 1.3315, 1.3195

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 114.60. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 114.60.
Tahap rintangan: 115.85, 116.95
Tahap sokongan: 114.60, 113.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.7175. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.7260.
Tahap rintangan: 0.7260, 0.7365USDCHF,
Tahap sokongan: 0.7175, 0.7105

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6905. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek kembali ke arah tahap 0.6905.
Tahap rintangan: 0.6905, 0.6980
Tahap sokongan: 0.6815, 0.6725

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2615. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2765, 1.2865
Tahap sokongan: 1.2615, 1.2505

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susukan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9360. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9300.
Tahap rintangan: 0.9360, 0.9410
Tahap sokongan: 0.9300, 0.9225

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 79.15. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 76.30.
Tahap rintangan: 79.15, 81.40
Tahap sokongan: 76.30, 73.40

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1778.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1807.85.
Tahap rintangan: 1807.85, 1831.50
Tahap sokongan: 1778.60, 1748.55