83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 November 2021                            Analisis Sesi Pagi

 

Indeks Dolar menyusut susulan dengan penilaian dovish.

Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah merosot dengan ketara berikutan dengan penilaian dovish daripada pasaran. Walaupun jangkaan pengetatan dasar monetari Fed meningkat di tengah-tengah data ekonomi AS yang positif, inflasi yang tinggi dan pengucapan ahli Fed yang hawkish, kedatangan varian Covid-19 baharu yang dikenali sebagai Omicron telah mencetuskan penilaian semula daripada pasaran. Penemuan Omicron oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia kerana ia boleh mengelak vaksinasi dan berpotensi untuk menular dengan pantas apabila dibandingkan dengan varian sebelumnya. Selain itu, risiko varian baharu Covid-19 telah menjejaskan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah daripada bank pusat yang terbesar di dunia. Menurut kepada Reuters, pasaran berhenti untuk memberikan spekulasi kepada Fed untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas menjelang bulan Jun 2022 berlatarbelakangkan kebimbangan terhadap koronavirus. Semasa penulisan, Indeks Dollar menyusut sebanyak 0.81% kepada 96.05.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.34% kepada $70.80 setong semasa penulisan berikutan dengan prospek permintaan minyak yang bearish. Menurut kepada Reuters, negara pengimport minyak besar seperti UK, India dan EU telah mengenakan sekatan perjalanan terhadap Afrika Selatan untuk membendung penularan koronavirus. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.24% kepada $1792.35 se troy auns di tengah-tengah kelemahan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

23:00                     USD                      Chair Powell Testifies

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
23:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Oct) -2.30% 1.00%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 96.15, 96.50

Tahap sokongan: 95.75, 95.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3355, 1.3410

Tahap sokongan: 1.3290, 1.3220

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas ia memecahkan 1.1285.

 

Tahap rintangan: 1.1370, 1.1440

Tahap sokongan: 1.1285, 1.1210

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 114.25, 114.90

Tahap sokongan: 113.60, 112.80

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek .

 

Tahap rintangan: 0.7170, 0.7210

Tahap sokongan: 0.7105, 0.7025

 

NZDUSD, Weekly: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.6905. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di 0.6810.

 

Tahap rintangan: 0.6905, 0.7065

Tahap sokongan: 0.6810, 0.6660

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di 1.2720.

 

Tahap rintangan: 1.2775, 1.2820

Tahap sokongan: 1.2720, 1.2660

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9255, 0.9280

Tahap sokongan: 0.9230, 0.9210

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 73.40, 76.30

Tahap sokongan: 67.80, 61.70

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1799.70, 1817.15

Tahap sokongan: 1782.25, 1760.65