83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 November 2021                            Analisis Sesi Petang

 

Paun sterling jatuh susulan berita tentang virus Omicron di U.K.

Mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain kekal tertekan dan jatuh di tengah-tengah penyebaran virus baharu Omicron di UK. Menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK, kes ketiga varian koronavirus Omicron telah dikesan di UK. Selepas kes Omicron tersebut, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan penggunaan topeng yang wajib di tempat awam untuk mengekang penyebarannya. Para saintis menyatakan bahawa penyebaran koronavirus yang baru tersebut adalah 5 kali ganda daripada virus Delta dan ia juga boleh mengelakkan sistem imunisasi. Para pelabur bimbang varian Omicron akan tersebar secara meluas di UK dan mendorong kerajaan pusat Britain melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang komprehensif, justerunya berpotensi menjejaskan pemulihan ekonomi dan menyebabkan kemelesetan ekonomi pada masa hadapan. Semasa penulisan, GBP/USD telah jatuh sebanyak 0.03% kepada 1.3336.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun sebanyak 5.15% kepada $72.39 tong pada masa penulisan susulan pembetulan teknikal. Walau bagaimanapun, sentimen secara keseluruhan kekal lemah kerana penyebaran Omicron baru yang bermutasi boleh menjejaskan ekonomi global dan juga permintaan minyak mentah. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.44% kepada $1795.93 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah peningkatan permintaan untuk aset selamat akibat virus Omicron.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

23:00                     USD                      Fed Chair Powell Testifies

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
23:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Oct) -2.30% 1.00%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 96.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunnya ke arah tahap rintangan 96.80.

 

Tahap rintangan: 96.80, 97.55

Tahap sokongan: 96.05, 95.50

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3305. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3430.

 

Tahap rintangan: 1.3430, 1.3555

Tahap sokongan: 1.3305, 1.3195

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1275. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1375, 1.1455

Tahap sokongan: 1.1275, 1.1170

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 113.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 114.60.

 

Tahap rintangan: 114.60, 115.85

Tahap sokongan: 113.20, 112.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.7105. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.7190.

 

Tahap rintangan: 0.7190, 0.7260

Tahap sokongan: 0.7105, 0.7005

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6815. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6905.

 

Tahap rintangan: 0.6905, 0.6980

Tahap sokongan: 0.6815, 0.6725

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2765. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.2615.

 

Tahap rintangan: 1.2765, 1.2865

Tahap sokongan: 1.2615, 1.2505

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9225. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9300.

 

Tahap rintangan: 0.9300, 0.9360

Tahap sokongan: 0.9225, 0.9145

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 69.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 73.40.

 

Tahap rintangan: 73.40, 76.35

Tahap sokongan: 69.95, 67.65

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1778.60.

 

Tahap rintangan: 1807.85, 1831.50

Tahap sokongan: 1778.60, 1748.55