6 September 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. ditekan selepas prospek kenaikan kadar makin susut.
Dolar A.S. berayun berhampiran paras rendah setahun setengah semasa sesi dagangan Asia pada hari Rabu sementara para pelabur memantau kemungkinan untuk mempunyai satu lagi kenaikan kadar di dalam tahun ini. Indeks dolar menokok sebanyak 0.01% dan disebut niaga pada 92.20. Semalaman, dolar A.S. ditawarkan dengan lebih rendah selepas ketegangan politik yang makin meningkat diantara A.S. dan Korea Utara membekalkan sokongan kepada mata wang selamat. Selain itu, sentimen yang lebih negatif telah dicetuskan oleh beberapa ahli Fed yang menegaskan kewaspadaan dalam pengetatan dasar kewangan berikutan dengan tekanan inflasi yang lemah dan prestasi pasaran buruh yang lebih suram. Menurut kepada Fed Rate Monitor Tool, kemungkinan bagi kenaikan kadar pada bulan Disember hanya mempunyai harga peluang sebanyak 31% untuk setakat ini. Berbanding dengan mata wang utama yang lain, EUR/USD meningkat 0.08% ke $1.1923 manakala USD/JPY susut sebanyak 0.16% ke 108.64.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.23% ke $48.55 berikutan dengan permintaan minyak yang lebih lemah akibat daripada penutupan hab penapisan selepas ia dilanda oleh taufan Harvey. Selain itu, pasaran juga akan memberi fokus kepada Taufan Irma yang kini sedang mendekati lorong perkapalan di Caribbean. Sebaliknya, harga emas mengukuhkan kedudukannya berhampiran paras tinggi setahun di $1,339.20 selepas Korea Utara berkemungkinan untuk menjalankan pengujian bom semasa ulang tahun penubuhan parti mereka pada 9hb September.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 CAD BoC Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:30 | AUD – GDP (QoQ) (Q2) | 0.3% | 0.9% | 0.8% |
| 14:00 | EUR – German Factory Orders (MoM) (Jul) | 1.0% | 0.3% | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Aug) | 53.9 | 55.4 | – |
| 22:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 0.75% | 0.75% | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -5.780M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah meneruskan kenaikannya selepas ia melantun dari garisan trend sambil menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah). Penunjuk MACD yang memaparkan peningkatan pada momentum menaik mencadangkan GBPUSD untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 1.3075.
Tahap rintangan: 1.3075, 1.3160
Tahap sokongan: 1.3020, 1.2960
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga meningkat selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh iaitu 1.1925. Penunjuk Stochastic Oscillator yang mula untuk memaparkan isyarat berundur mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek dan menuju ke paras bawah segi tiga tersebut.
Tahap rintangan: 1.1925, 1.1950, 1.1980
Tahap sokongan: 1.1885, 1.1855
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia menutup di bawah tahap psikologi 109.00. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit dan menuju ke bawah mencadangkan USDJPY untuk meneruskan kerugiannya ke arah tahap sokongan 108.25.
Tahap rintangan: 109.00, 109.70
Tahap sokongan: 108.25, 107.50
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan kini menguji berhampiran tahap sokongan 48.55. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas selepas pembentukan corak silang emas mencadangkan bias menaik kepada harganya untuk menuju ke arah 49.35.
Tahap rintangan: 49.35, 50.40
Tahap sokongan: 48.55, 48.00
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 1320.80. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas mencadangkan bias menaik kepada harga emas untuk menuju ke tahap rintangan 1350.00.
Tahap rintangan: 1350.00, 1374.75
Tahap sokongan: 1320.80, 1305.00