83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 September 2017                             Analisis Harian

 

CAD melonjak sementara EUR menunggu ECB!

Dolar A.S. menjunam berbanding dengan dolar Kanada pada semalam berlatarbelakangkan keputusan yang tidak diduga dari Bank Pusat Kanada (BoC) untuk meningkatkan kadar faedah mereka. Semasa penulisan, pasangan USD/CAD meningkat sedikit sebanyak 0.08% ke $1.2336, tidak jauh dari paras rendah dua tahun iaitu $1.2139. Di dalam mesyuarat dasar kewangan mereka, BoC telah mengumumkan untuk meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas ke 1% selepas meningkatkannya pada bulan Julai yang lalu sambil memetik perkembangan ekonomi yang optimistik sebagai faktor utama bagi langkah tersebut. “Keputusan dari malam semalam telah mengurangkan peluang bagi kenaikan kadar pada bulan Oktober. Tumpuan pasaran kini akan beralih kepada mesyuarat dasar pada bulan Disember dan keadaan ekonomi yang lebih positif diperlukan untuk menyokong kenaikan kadar pada masa itu,” ulas penganalisis dari Wells Fargo. Di rantau yang lain, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.05% ke $1.1923 manakala bias menaiknya adalah lebih terhad sementara para pelabur menunggu keputusan mesyuarat dasar kewangan dari Bank Pusat Eropah (ECB). Mata wang tunggal tersebut telah ditawarkan dengan lebih tingi untuk beberapa tempoh ini di tengah-tengah spekulasi yang makin bertambah hangat di mana ECB berkemungkinan untuk mengurangkan rancangan program kelonggaran kuantitatif selepas prestasi ekonomi EU makin bertambah baik.

 

Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah merosot sebanyak 0.06% ke $49.13 namun masih disokong oleh laporan American Petroleum Institute yang menunjukkan peningkatan stok minyak di bawah jangkaan dengan hanya 2.79 juta tong sahaja. Selain itu, harga emas telah mencatat kerugian sebanyak 0.05% ke $1,333.28 selepas Presiden Donald Trump merancang untuk meluluskan peluasan had hutang A.S. dan meningkatkan jumlah maksimum hutang negara.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                 Acara

20:30                     EUR                                        ECB Press Conference

00:15                     USD                                        FOMC Member Mester Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – Retail Sales (MoM) (Jul) 0.3% 0.3%
14:00 EUR – German Industrial Production (MoM) (Jul) -1.1% 0.6%
15:30 GBP – Halifax House Price Index (MoM) (Aug) 0.4% 0.2%
19:45 EUR – Deposit Facility Rate -0.40% -0.40%
19:45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Sep) 0.00% 0.00%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 236K 241K
22:00 CAD – Ivey PMI (Aug) 60.0 61.3
23:00 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -5.392M 4.022M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3075. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Sasaran berikutnya berada di 1.3020.

 

Tahap rintangan: 1.3075, 1.3160

Tahap sokongan: 1.3020, 1.2960

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dengan aliran menaik selepas ia melantun berhampiran dengan tahap sokongan 1.1915. Penunjuk MACD yang memaparkan isyarat menaik yang ketara mencadangkan bias menaik kepada EURUSD untuk menuju ke sasaran 1.1970.

 

Tahap rintangan: 1.1970, 1.2070

Tahap sokongan: 1.1915, 1.1865

 

 

USDCAD

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2420. MACD histogram yang memaparkan isyarat negative divergence mencadangkan USDCAD untuk melanjutkan kerugiannya ke tahap sokongan 1.2175.

 

Tahap rintangan: 1.2420, 1.2655

Tahap sokongan: 1.2175, 1.1940

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY masih didagang di dalam saluran menurun sementara ia telah berundur dari garisan 20-MA (merah) baru-baru ini. Kedua-dua garisan yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan bias menurun kepada USDJPY selepas ia menutup niaga di bawah tahap rintangan 109.00.

 

Tahap rintangan: 109.70, 110.65

Tahap sokongan: 109.00, 108.25

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 49.35. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 49.35, 49.95

Tahap sokongan: 48.55, 48.00

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1340.00. Penutupan niaga di bawah garisan 20-MA (merah) baru-baru ini mencadangkan bias menurun kepada harganya untuk menuju ke arah tahap sokongan 1330.00.

 

Tahap rintangan: 1340.00, 1348.00

Tahap sokongan: 1330.00, 1321.00