10 December 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar meningkat susulan data optimis, peningkatan kes Omicron.
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul emas pasangan mata wang utama telah meningkat berikutan dengan data pekerjaan positif baru-baru ini dari A.S. dan juga peningkatan kes Covid-19 yang meningkatkan daya tarikan untuk pasaran selamat. Dari segi data, data Initial Jobless Claims A.S. telah meningkat hanya 184K, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 215K. Jumlah para penganggur terus menunjukkan trend menurun sejak tahun lalu dan kini mencecah paras terendah dalam tempoh 52 tahun. Sebaliknya, dolar juga menerima sokongan yang lebih lanjut di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko dalam pasaran disebabkan kes Omicron. Perdana Menteri UK Boris Johnson telah mengumumkan untuk mengenakan sekatan COVID-19 yang lebih ketat di England, mengarahkan orang ramai bekerja dari rumah, memakai topeng muka di tempat awam dan menggunakan pas vaksin demi untuk memperlahankan penyebaran varian baharu itu. Pada masa penulisan, indeks dolar meningkat 0.08% kepada 96.11.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah jatuh 0.08% kepada $71.01 satu troy auns setakat ini di tengah-tengah prospek permintaan minyak mentah yang lebih lemah. Pada hari Khamis, agensi penarafan Fitch telah menurunkan taraf pemaju hartanah China Evergrande Group dan Kaisa Group kepada status “restricted default”, dan menyatakan mereka telah gagal membayar bon di luar pesisir. Berita tersebut meningkatkan lagi kebimbangan terhadap pertumbuhan GDP China dan boleh menjejaskan selera membeli dalam minyak pelanggan mentah terbesar di dunia tersebut. Selain itu, peningkatan kes Omicron juga memberi kesan kepada komoditi ini. Sebaliknya, harga emas jatuh sebanyak 0.04% kepada $1778.78 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kekuatan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
17:05 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:00 | GBP – GDP (MoM) | 0.60% | – | – |
15:00 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Oct) | 0.10% | 0.10% | – |
21:30 | USD – Core CPI (MoM) (Nov) | 0.60% | 0.50% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 96.30. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 96.30, 96.80
Tahap sokongan: 95.70, 94.90
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3210. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3315.
Tahap rintangan: 1.3315, 1.3430
Tahap sokongan: 1.3210, 1.3055
EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.1275. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1355, 1.1455
Tahap sokongan: 1.1275, 1.1170
USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 113.80. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 112.25.
Tahap rintangan: 113.80, 114.60
Tahap sokongan: 112.75, 112.00
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7190. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.7105.
Tahap rintangan: 0.7190, 0.7260
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7005
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.6815. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6815, 0.6905
Tahap sokongan: 0.6725, 0.6630
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2735. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2615.
Tahap rintangan: 1.2735, 1.2865
Tahap sokongan: 1.2615, 1.2500
USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9250. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9250, 0.9320
Tahap sokongan: 0.9170, 0.9105
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 72.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 68.65.
Tahap rintangan: 72.20, 75.25
Tahap sokongan: 68.65, 65.25
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1783.20. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1748.55.
Tahap rintangan: 1783.20, 1807.85
Tahap sokongan: 1748.55, 1725.70.