83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 December 2021                            Analisis Sesi Petang

 

Euro kekal lemah atas nada dovish daripada ECB.

Mata wang Euro yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain kekal ditekan dan jatuh susulan dengan berita mengenai rancangan ECB untuk melanjutkan dasar kewangan yang longgar. Menurut kepada sumber daripada Bloomberg, para penggubal dasar ECB cenderung terhadap peningkatan sementara dalam skim pembelian bon biasa yang masih akan mengurangkan pembelian hutang secara keseluruhan dengan ketara sebaik sahaja skim memerangi pandemik yang lebih besar berakhir pada Mac. Walaupun butiran mengenai rangsangan ini masih terbuka, sumber mengatakan bahawa ECB boleh melakukan satu daripada dua perkara. Ia boleh meluluskan sampul pembelian sehingga akhir tahun, dengan pilihan bahawa semuanya tidak mesti perlu dibelanjakan. Pelan tersebut dijangka akan dibincangkan pada mesyuarat pada 16 Disember. Selain itu, beberapa ahli ECB juga menjelaskan bahawa pembelian akan kekal sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun 2022 dan mencadangkan bahawa kemungkinan untuk kenaikan kadar adalah tidak mungkin selagi pembelian bon berterusan. Pada masa penulisan, EUR/USD jatuh sebanyak 0.12% kepada 1.1296.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 1.04% kepada $72.60 setong semasa penulisan di tengah-tengah peningkatan dalam prospek permintaan terhadap bahan api. Sentimen pasaran terus bertambah baik dengan keyakinan yang semakin meningkat bahawa kesan varian Omicron akan dihadkan ke atas pertumbuhan ekonomi global dan permintaan bahan api. Para saintis Afrika Selatan tidak melihat sebarang tanda bahawa varian Omicron menyebabkan simptom yang lebih teruk. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.19% kepada $1786.05 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 96.35. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 95.70.

 

Tahap rintangan: 96.35, 96.80

Tahap sokongan: 95.70, 94.90

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3195. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3355, 1.3505

Tahap sokongan: 1.3195, 1.3050

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 1.1370. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1370, 1.1530

Tahap sokongan: 1.1175, 1.1010

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 112.80. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 114.40.

 

Tahap rintangan: 114.40, 115.40

Tahap sokongan: 112.80, 112.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7175. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7175, 0.7280

Tahap sokongan: 0.6995, 0.6825

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6815. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan in untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6815, 0.6950

Tahap sokongan: 0.6640, 0.6530

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2720. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2720. 1.2825

Tahap sokongan: 1.2645, 1.2575

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9200. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9260.

 

Tahap rintangan: 0.9260, 0.9315

Tahap sokongan: 0.9155, 0.9090

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 72.55. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 72.55, 75.10

Tahap sokongan: 69.15, 65.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1790.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1790.00, 1802.20

Tahap sokongan: 1762.20, 1729.60