14 September 2017 Analisis Harian
Data A.S. memberangsangkan, harga emas lanjutkan kerugian.
Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.54% berbanding dengan mata wang utama yang lain dan kini berlegar di 92.39. Peningkatan tersebut telah mengetepikan data ekonomi yang mencerminkan prestasi kadar inflasi para pengeluar yang lebih rendah sebelum pembebasan indeks harga pengguna. Menurut kepada Labor Department, indeks harga pengeluar (PPI) telah meningkat hanya 2.4% pada bulan Ogos, lebih tinggi daripada sebelumnya dari bulan Julai. Walaupun ia telah tersasar daripada jangkaan ekonomis, ia masih tidak mengurangkan prospek bagi kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat A.S. Namun, penyusutan pada tekanan inflasi akan menjadi salah satu faktor yang bakal melambatkan sebarang proses pengetatan polisi untuk kali ketiga di dalam tahun ini. Sementara itu, pound sterling susut sebanyak 0.65% ke $1.3196 berbanding dengan dolar A.S. pada pagi ini berikutan dengan pertumbuhan gaji yang lebih suram di UK.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia meningkat sebanyak 2.2% ke $49.30 setong. Momentum ini telah didorong oleh unjuran International Energy Agency yang menunjukan peningkatan pada permintaan minyak global. Selain itu, harga emas telah meneruskan kerugiannya sebanyak 0.31% ke $1,328.56 se troy auns berikutan dengan permintaan yang lebih rendah baginya selepas risiko geopolitik makin menurun.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
19:00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 9:30 | AUD – Employment Change (Aug) | 29.2K | 15.0K | 54.2K |
| 10:00 | CNY – Industrial Production (YoY) (Aug) | 6.4% | 6.6% | 6.0% |
| 15:30 | CHF – SNB Interest Rate Decision | -0.75% | -0.75% | – |
| 19:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (Sep) | 0.25% | 0.25% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 298K | 300K | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Aug) | 0.1% | 0.2% | – |
| 20:30 | CAD – New Housing Price Index (MoM) (Jul) | 0.2% | 0.3% | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3195. Pasangan tersebut kini sedang menguji di tahap tersebut dan sekiranya pemecahan berlaku, maka GBPUSD akan meneruskan penurunannya ke sasaran berikut di 1.3115.
Tahap rintangan: 1.3325, 1.3455
Tahap sokongan: 1.3195, 1.3115
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.1910. Garisan isyarat MACD yang susur ke bawah mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah garisan 200-MA serta tahap sokongan di 1.1820.
Tahap rintangan: 1.1910, 1.2070
Tahap sokongan: 1.1820, 1.1715
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 110.10. Garisan isyarat MACD yang susur ke atas mencadangkan pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah 110.95.
Tahap rintangan: 110.95, 111.75
Tahap sokongan: 109.65, 107.40
CrudeOIL

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 48.70 dan garisan 200-MA. Pembentukan formasi long bullish candlestick dan garisan MACD yang susur ke atas mencadangkan harga minyak untuk meningkat selanjutnya ke arah 50.20.
Tahap rintangan: 50.20, 52.00
Tahap sokongan: 48.70, 47.20
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan 1328.20. Kini ia sedang menguji di tahap sokongan 1321.35. Garisan isyarat MACD yang susur ke bawah mencadangkan bias menurun kepada harganya untuk susut ke tahap sokongan 1229.05.
Tahap rintangan: 1328.20, 1339.55
Tahap sokongan: 1321.35, 1299.05