27 Disember 2021 Analisis Sesi Pagi
Pasaran senyap semasa musim cuti.
Pasaran kewangan didagang dengan senyap pada hari Jumaat lepas susulan dengan musim cuti Hari Krismas dan Tahun Baru. Pada minggu lepas, dolar AS kekal didagang di dalam lingkungan harga yang kecil sementara para pelabur menunggu data yang lebih lanjut dari AS. Seawalnya, dolar AS menerima tekanan menurun selepas para pelabur mengalihkan tumpuan dari dolar AS ke aset yang berisiko di dalam pasaran. Perubahan tumpuan telah tercetus akibat daripada pembebasan laporan yang positif mengenai varian Omicron. Kaji selidik mendapati bahawa varian Omicron mempunyai kadar kemasukan hospital yang rendah dan simptom yang lebih ringan apabila dibandingkan dengan varian Delta. Namun, para pelabur masih kekal berjaga-jaga memandangkan kadar jangkitan yang tinggi dari Omicron boleh menjejaskan sistem kesihatan sekiranya langkah awal tidak diambil oleh kerajaan masing-masing. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data tuntutan pengangguran bagi menentukan arah aliran dolar AS. Semasa penulisan, indeks dolar menurun 0.01% ke 95.98.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.57% ke $73.34 setong. Harga minyak dibuka dengan lebih rendah berikutan dengan peningkatan kes Omicron di seluruh dunia yang boleh menjejaskan permintaan minyak mentah sekiranya pengetatan SOP penjarakan sosial dilaksanakan. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.03% ke $1,807.83 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day US Christmas
All Day Germany Christmas
All Day Switzerland Christmas
All Day UK Christmas
All Day Australia Christmas
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 96.10, 96.35
Tahap sokongan: 95.85, 95.65
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3410, 1.3470
Tahap sokongan: 1.3355, 1.3290
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1320, 1.1370
Tahap sokongan: 1.1285, 1.1250
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 114.35. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 114.35, 114.90
Tahap sokongan: 113.70, 113.15
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek .
Tahap rintangan: 0.7280, 0.7320
Tahap sokongan: 0.7225, 0.7180
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6830, 0.6870
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6740
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2835, 1.2910
Tahap sokongan: 1.2765, 1.2690
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9190, 0.9210
Tahap sokongan: 0.9165, 0.9130
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 75.65, 78.95
Tahap sokongan: 73.00, 70.40
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1808.70, 1821.70
Tahap sokongan: 1792.60, 1777.00