18 September 2017 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: September 18 – 22
Kajian Pasaran (Forex): September 11 – 15
Dolar A.S.
Dolar AS susut berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Jumaat sementara masih berada di dalam jangkaan untuk mencapai keuntungan mingguan sejak 13hb Ogos. Indeks dolar menurun sebanyak 0.30% ke 91.85 semasa lewat sesi perdagangan pada hari Jumaat. Untuk minggu tersebut, ia telah memangkas kerugian sebanyak 0.55%.
Greenback menerima tekanan menjual pada hari Jumaat berikutan dengan pembebasan data jualan runcit yang telah tersasar daripada konsensus ekonomis bagi bulan Ogos. Menurut kepada Jabatan Perdagangan A.S., jualan runcit untuk bulan Ogos mengecut sebanyak 0.2%, sementara unjuran ekonomis adalah untuk meningkat sebanyak 0.1%.
Tekanan pada dolar telah dipertingkatkan lagi selepas risiko geopolitik di Semenanjung Korea diperbaharui dengan pelancaran peluru berpandu dari Korea Utara yang telah melintasi wilayah Jepun. Provokasi sedemikian telah dicetuskan selepas Amerika Syarikat meluluskan sekatan ekonomi yang baru dan ia termasuk pengharaman perdagangan tekstil dan penghantaran produk minyak.
US Retail Sales

—– Ramalan
Jualan runcit A.S. bagi bulan Ogos mengecut sebanyak 0.2%, tersasar daripada ramalan untuk meningkat sebanyak 0.1%.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY meneruskan keuntungannya selepas ia meningkat sebanyak 0.50% ke 110.82.
EUR/USD
EUR/USD meningkat sebanyak 0.18% sambil menutup niaga mingguan di $1.1940.
GBP/USD
Pound sterling melonjak sebanyak 1.47% ke $1.3594 berbanding dengan dolar A.S. pada lewat dagangan Jumaat yang lalu. Permintaan bagi mata wang tersebut meningkat selepas Bank Pusat England memberikan isyarat pada hari Khamis bahawa kadar faedah bakal dinaikan dengan lebih pantas sekiranya kadar inflasi negara masih meningkat.
Kajian Pasaran (Komoditi): September 11 – 15
GOLD
Harga emas ditawarkan dengan lebih rendah pada hari Jumaat selepas pelabur mengetepikan risiko geopolitik berikutan dengan provokasi dari Korea Utara pada hari Khamis yang lalu. Harga logam kuning tersebut merosot sebanyak 0.70% atau $9.36 ke paras $ 1,320.19 se troy auns sambil mencatat kerugian mingguan sebanyak 1.95%.
Permintaan bagi aset selamat telah berkurang selepas dolar A.S. meneruskan kenaikannya berlatarbelakangkan prospek yang lebih tinggi terhadap kenaikan kadar faedah pada bulan Disember apabila data menunjukkan bahawa tekanan inflasi telah meningkat ke paras yang tertinggi di dalam tempoh tujuh bulan. Menurut kepada Fed Rate Monitor Tool, lebih daripada 50% para pelabur menjangka Fed untuk menaikkan kadar faedahnya pada bulan Disember nanti.
Crude Oil
Harga minyak didagang dengan tidak berubah pada hari Jumaat sementara mencatat kenaikan mingguan yang terbesar sejak bulan Julai di tengah-tengah sentimen optimistik bahawa permintaan minyak yang lebih tinggi dapat mempercepatkan pengurangan pada kelebihan bekalan global untuk separuh tahun kedua. Harga minyak mentah disebut niaga berhampiran $50.44 sambil mencatatkan keuntungan mingguan sebanyak 1.12%.
Menurut kepada laporan bulanan yang dibebaskan oleh OPEC, pengeluaran dari Venezuela, Iraq, UAE dan Arab Saudi telah susut sebanyak 79,000 barel sehari dan ia telah mengimbangi peningkatan output dari Nigeria. Ia juga diikuti dengan laporan dari Agensi Tenaga Antarabangsa yang meramalkan peningkatan permintaan bagi tahun 2017 sebanyak 100,000 tong sehari dan ia boleh mengurangkan ketidakseimbangan dalam pasaran minyak dengan lebih pantas.
Kedua-dua laporan itu tersebut telah membayangi data dari Amerika Syarikat yang memperlihatkan peningkatan dalam inventori minyak akibat daripada Taufan Harvey yang telah memaksa penutupan pelantar penapisan minyak di A.S.. Jika tidak, firma perkhidmatan minyak AS Baker Hughes melaporkan penurunan pada bilangan pelantar minyak aktif sebanyak 7 dan jumlah semasa berada di paras 749. Penurunan bagi minggu kedua ini telah mencadangkan kelembapan pada pengeluaran yang dapat menyokong harga minyak mentah.
Baker Hughes Oil Rig Count A.S.

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah menurun sebanyak 7 dan jumlah keseluruhan kini di paras 749.
Pandangan Mingguan: September 18 – 22
Untuk minggu ini, para pelabur akan memantau pembebasan data jualan runcit dari UK bagi mendapatkan isyarat selanjutnya mengenai prestasi ekonomi mereka berlatarbelakangkan risiko Brexit yang masih berlegar. Selain itu, Perdana Menteri Britain Theresa May dijadualkan untuk menyampaikan ucapannya pada hari Sabtu berkaitan dengan hubungan selepas Brexit diantara Britain dengan zon Eropah.
Di rantau yang lain, para peserta pasaran juga akan memberi perhatian kepada ucapan oleh Presiden ECB Mario Draghi dan pembacaan bulanan inflasi di EU untuk mendapatkan isyarat lanjut mengenai penarikan program kelonggaran kuantitatif. Bagi A.S., para pelabur akan memberi tumpuan kepada mesyuarat FOMC yang bakal memberi isyarat selanjutnya mengenai tempoh kenaikan kadar dan penyelarasan penyata imbangan.
Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: September 18 – 22
| Isnin, September 18 |
Data EUR – CPI (YoY) (Aug)
Acara GBP – BoE Gov Carney Speaks
|
| Selasa, September 19 |
Data NZD – Westpac Consumer Sentiment (Q3) EUR – German ZEW Economic Sentiment (Sep) USD – Building Permits (Aug) USD – Housing Starts (MoM) (Aug) CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Jul)
Acara AUD – RBA Meeting Minutes
|
| Rabu, September 20 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock JPY – Trade Balance GBP – Retail Sales (MoM) (Aug) USD – Existing Home Sales (Aug) CrudeOIL – Crude Oil Inventories USD – FOMC Interest Rate Decision
Acara USD – FOMC Economic Projections USD – FOMC Statement USD – FOMC Press Conference
|
| Khamis, September 21 |
Data NZD – GDP (QoQ) (Q2) JPY – BoJ Interest Rate Decision USD – Initial Jobless Claims USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Sep) CAD – Wholesale Sales (MoM) (Jul)
Acara JPY – BoJ Monetary Policy Statement (YoY) JPY – BoJ Press Conference EUR – ECB President Draghi Speaks
|
|
Jumaat, September 22
|
Data EUR – German Manufacturing PMI (Sep) CAD – Core CPI (MoM) (Aug) CAD – Core Retail Sales (MoM) (Jul) USD – Manufacturing PMI (Sep) USD – Markit Composite PMI USD – Services PMI (Sep) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara EUR – ECB President Draghi Speaks USD – FOMC Member Williams Speaks USD – FOMC Member George Speaks USD – FOMC Member Kaplan Speaks GBP – UK Prime Minister May Speaks
|
Analisis Teknikal Mingguan: September 18 – 22
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran menurun sementara ia telah melantun berhampiran dengan paras tengahnya. Pergerakan harga sebegini mencadangkan indeksnya untuk didagang dengan lebih tinggi semula dan menguji di tahap rintangan 92.00.
Tahap rintangan: 92.00, 93.00
Tahap sokongan: 91.00, 90.00
GBPUSD

GBPUSD, Weekly: GBPUSD melonjak selanjutnya sambil menutup niaganya di atas tahap Fibonacci 50.0 di 1.3560 baru-baru ini. Penunjuk MACD yang memaparkan momentum menaik yang ketara mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah sasaran berikut di 1.3900.
Tahap rintangan: 1.3900, 1.4395
Tahap sokongan: 1.3560, 1.3220
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY meneruskan kenaikannya selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 110.50. Penunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan momentum menaiknya dan menguji di tahap rintangan 111.55.
Tahap rintangan: 111.55, 112.80
Tahap sokongan: 110.50, 109.35
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. Penutupan niaga di atas garisan 20-MA (merah) akan mencadangkan bias menaik yang selanjutnya untuk meningkat ke sasaran di 1.2100.
Tahap rintangan: 1.2100, 1.2340
Tahap sokongan: 1.1910, 1.1610
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia menutup niaganya di bawah garisan 20-MA (merah). MACD histogram yang memberikan isyarat menurun yang ketara mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian dan menuju ke sasaran berikut di 1305.00.
Tahap rintangan: 1320.80, 1350.00
Tahap sokongan: 1305.00, 1278.45
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah keluar dari paras atas segi tiga menyempit dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Penunjuk MACD yang masih memaparkan momentum menaik yang ketara mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan dan menuju ke tahap rintangan di 51.65.
Tahap rintangan: 51.65, 53.00
Tahap sokongan: 50.00, 48.50