83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Disember 2021                             Analisis Sesi Petang

Yen telah menyusut susulan dengan peningkatan sentimen selera risiko.

Yen Jepun melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah sentimen berisiko dalam pasaran kewangan global berikutan kekurangan kebimbangan terhadap varian Omicron, yang mengurangkan daya tarikan ke atas aset selamat Yen Jepun. Menurut kepada Reuters, pihak berkuasa di UK dan Perancis telah menolak daripada mengenakan sekatan ketat Covid-19, dengan mendakwa bahawa kadar vaksinasi yang tinggi akan mengurangkan kadar kemasukan ke hospital daripada terbeban walaupun kes Covid-19 melonjak dengan ketara. Selain itu, Agensi Keselamatan Kesihatan UK mendakwa bahawa penemuan awalnya adalah “menggalakkan”, laporan dari Afrika Selatan, Denmark, England dan Scotland telah menunjukkan bahawa varian Omicron adalah kurang serius berbanding dengan varian Delta sebelumnya. Walau bagaimanapun, para pelabur masih memerlukan data penting untuk menentukan kadar keterukan bagi varian Omicron baharu, justeru adalah penting bagi pelabur untuk terus memantau perkembangan Covid-19 untuk mengukur kemungkinan pergerakan ke atas Yen Jepun. Semasa penulisan, USD/JPY telah meningkat sebanyak 0.04% ke 114.85.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.24% ke $76.10 setong semasa penulisan di tengah-tengah pembetulan teknikal. Namun begitu, momentum keseluruhan bagi komoditi minyak mentah kekal bullish di tengah-tengah kekurangan kebimbangan Omicron daripada pelabur global. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.13% ke $1809.85 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah peningkatan selera risiko dalam pasaran kewangan global telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan peleburan mereka ke arah aset berisiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   Australia                               Boxing Day

All Day                   UK                                           Boxing Day

All Day                   Canada                  Boxing Day

All Day                   New Zealand        Christmas

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari In

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 95.65. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 96.90, 97.50

Tahap sokongan: 95.65, 94.90

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3355. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3500, 1.3630

Tahap sokongan: 1.3355, 1.3195

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1345. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1345, 1.1440

Tahap sokongan: 1.1235, 1.1175

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 114.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 115.40.

 

Tahap rintangan: 115.40, 116.80

Tahap sokongan: 114.20, 112.80

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7175. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7365.

 

Tahap rintangan: 0.7365, 0.7535

Tahap sokongan: 0.7175, 0.6995

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6825. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6825, 0.6920

Tahap sokongan: 0.6710, 0.6570

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 1.2765. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2840, 1.2935

Tahap sokongan: 1.2765, 1.2695

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu sebanyak 0.9190. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9150.

 

Tahap rintangan: 0.9190, 0.9260

Tahap sokongan: 0.9150, 0.9105

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 75.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 75.70, 79.00

Tahap sokongan: 72.70, 69.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1811.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1811.50, 1830.55

Tahap sokongan: 1786.30, 1762.20